Selasa, 11 Februari 2014

Langkah Pertama Tahun Baru 2014

Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy.

Stimulaterapi... Mengikut sejarahnya merupakan sejenis teknik urutan jawa yang digabungkan dengan teknik acupoints dan acupressure yang berasaskan teknik acupunture tradisional cina. Panjang sejarahnya yang ku 'google'.. Tapi secara ringkasnya begitulah hehe.








Aimy suka walau pada awalnya dia menangis walau rela diurut. Seperti biasa, Aimy memang redha saja apa sahaja rawatan yang hendak dilakukan padanya. Dia yang naik ke atas katil, buka baju dan seluar sendiri dan baring..haha. Tetapi bila kena tempat yang sakit.. Memang kuat tangisnya.

Setelah 5-6 kali berulang dari awal tahun ke Alam Impian berstimulaterapi bersama Mak Ija nya.. Aimy tidak lagi menangis. Macam layan perasaan je bila distimulaterapi.

Apa pun, moga rawatan ini memberi impak yang besar keoada perkembangan dan kesihatan Aimy.. Aminnn..InsyaAllah.

Bukan sahaja Aimy yang merasa berstimulaterapi.. Ibu, ayah dan kakak-kakak juga merasa. Sangat mengujakan hehe.

posted from Bloggeroid

Catatan Popular