Khamis, 19 Disember 2013

Aimy di OT HKL lagi..

11 Disember 2013, Aimy diarah untuk masuk wad mata (NW17), Hospital Kuala Lumpur. Alhamdulillah kesihatan Aimy sangat bagus kali ini. Seperti biasa Aimy akan diperiksa dahulu untuk pastikan dia sihat untuk jalani prosedur bius dan urusan di dalam dewan bedah.
 
Bila sudah besar, beginilah dia.. sibuk nak menanggalkan tag hospital di tangannya. Marah-marah dia..haha. Ku cuba mengalih perhatiannya dengan pelbagai hal agar dia terlupa tag di tangan tersebut. Pantang nampak kelibat ayahnya, pasti menjadi mangsa untuk diajak berjalan-jalan pusing-pusing sekitar bangunan utama HKL tersebut.



 
12 Disember 2013, alamakkk..awalnya dak kecik ni bangun.. 6.40 dah terjaga.. jenuh ku pujuk agar sambung tido. Dapatlah sebentar hingga jam 7.00 pagi. Bukan apa, dia diarahkan berpuasa mulai jam 2 pagi dan hanya boleh minum air selepas itu hingga jam 6 pagi. Tapi bila gilirannya yang ke 6..ku biarkan sahaja dia menyonyot botol airnya sesambil tidur. Bukan minum sangat pun.. saja dia nak mengkhayalkan diri.
 
Bila Aimy dah tidak boleh tidur, ku mandikan dan ikutkan sahaja dia ajak berjalan. Ibu dah tak mampu nak mendukung Aimy jauh-jauh, kereta sorongnya sangat membantu. Berpusing la kami ke sana ke mari melayan diri. Nampak dia mengantuk semula, ajak masuk wad dan suruh dia tidur.. Alhamdulillah dia tidur.. Lega.. sebab dia dah mula minta susu dan nak makan bila dinampaknya roti dalam bakul susunya. Sian anak ibu..
 
Dapat juga sejam lebih dia tidur, ayahnya dating.. Berjalan pula dengan ayahnya. Giliran ke 6 telah jadi yang ke 4 kerana ada 2 pesakit tiba-tiba demam dan tidak sihat dan tidak boleh meneruskan prosedur di dewan bedah. Alhamdulillah jam 11.45 Aimy telah disuruh bersiap sedia untuk ke dewan bedah. Bila semua dokumen telah sedia, tepat jam 12 kami dibawa oleh jururawat ke dewan bedah utama HKL.
 
 



Seperti biasa, ku diberi jubah dan topi untuk masuk ke dewan bedah. Lama juga kami menunggu di 'Waiting Bay''. Hampir 45 minit!! Aimy mula saja cuak menangis, selepas beberapa minit masuk, sangat tak reti diam, macam-macam dibuatnya. Panjat meja, panjat kerusi, bergambar, naik troli dan macam-macam lagi. Mendekati orang sudah pasti, dia ramah.



 








Jam 12.45 doctor bius dah panggil masuk. Dilihatnya Aimy di dalam troli, dia melayan Aimy. Hambik..disorongnya troli itu sampai ke dalam dewan bedah haha. Macam ratu Aimy melambai dan senyum sengeh disapa oleh semua orang di situ.

Dalam dewan bedah, dia tidak mahu turun dari troli. Sibuk mengajak doktor menyorongnya lagi. Doktor tidak mahu memaksa, maka dia ajak kakitangannya membantu membius Aimy di dalam troli tersebut haha. Lapik sana, lapik sini..tahan sana tahan sini takut dia terkulai selepas bius terhantuk pula di troli. Selepas pengsan, terus diangkat dan di letak atas katil dewan bedah. Selepas ku disuruh mencium, ku diminta keluar.




Tidak lama, 1.37 ku telah dipanggil semula. Melihat Aimy di 'recovery area' untuk dipantau nadi dan oksigennya selepas prosedur di dewan bedah. Alhamdulilllah tekanan saraf matanya masih dalam bacaan normal dan saraf matanya sihat kata doktor. Cuma kemungkinan besar, bulu mata bawahnya yang masuk ke dalam mata sering melukakan matanya. Bila mata luka, ia jadi pedih, berair dan silau. Kalau tiada perubahan terhadap kelopak mata bawah dan bulu mata bawahnya seiring usianya, terpaksalah nanti dibuat pembedahan untuk tujuan mengelak perkara tersebut berulang dan melukakan matanya.




Sian Aimy kelaparan, laju berbuka puasa hehe.

 
Tepi mata kiri dan kanan terdapat tompokan darah dan luka yang besar. Agak ngeri sedikit melihatnya. Apa pun doktor kata, ia akan baik sendiri. Mereka memberikan 2 jenis ubat sahaja untuk mata Aimy.


 
Alhamdulillah tiada apa yang terlalu memudaratkan Aimy. Syukur nikmat Allah.

Khamis, 7 Februari 2013

Multiple Dental Caries

Aimy telah selamat menjalani Comprehensive Dental Care di bilik pembedahan HUKM pada 31 Januari 2013. Mula masuk ke wad pada pagi 30 Januari jam 10.30 pagi setelah borang ditandatangani di klinik mulut dan darah Aimy telah diambil untuk pemeriksaan.

Satu pengalaman yang baru di HUKM. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walau ada sedikit perasaan risau bila semua gigi Aimy dicabut tanpa meninggalkan sebatang pun!

Lewat petang dibenarkan keluar bila Aimy tidak menunjukkan reaksi negatif pada sebarang prosedur yang telah dijalani walau dia nampak sedikit lemah. Mengantuk mungkin, kesan bius. Darah banyak keluar. Air liur sentiasa meleleh. Kesian...

Tetapi sampai di rumah.. Akal panjangnya mengatasi kesakitannya haha. Semua yang ada diajak main dan bergurau dengannya.

Malam menjelma, Aimy demam panas!! Risau melihat keseluruhan badan Aimy jadi merah..panas melampau..! Paginya mulut dan pipi Aimy bwrtambah bengkak. Cuak melihatnya!

Tapi alhamdulillah sejak sabtu 2 hb..keaktifan Aimy kembali asal walau dia masih sakit... Cuma tidak lagi asyik hendak tidur seperti hari sebelum.

Alhamdulillah hari berganti hari, bengkak mulut Aimy dan bibir jadi luas telah pulih. Cuma bengkak pipinya makan masa seminggu jua baru surut kembali asal. Syukur...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Catatan Popular