Aktiviti anjuran LeoCubs Clubs yang merupakan kelab kanak-kanak di bawah Sunway Pyramid sempena cerita BRAVE yang ditayangkan di pawagam. Kami menerima jemputan melalui email. Tetapi pendaftaran masih perlu diluluskan oleh pihak kelab. Mula aku buat tak kisah email dari LeoCubs ni. Tapi entah kenapa, teringin pula nak diteliti kandungan emailnya. Terus aku jatuh minat dan daftarkan nama Alesha dan Adani pada acara-acara yang sesuai buat mereka. Maklumlah, cuti sekolah bermula. Tapi kewangan kami belum stabil untuk membawa anak-anak berjalan jauh atau melawat tempat yang berbayar. Jadi bila ada aktiviti PERCUMA sebegini, tak akan ku lepaskan peluang demi anak-anak. Asalkan bermanfaat dan menggembirakan mereka...InsyaAllah.
Alesha ku daftarkan untuk aktiviti memanah, mendokarasi kek cawan dan memintal pretzel (roti). Adani semua juga kecuali memanah. Memanah hanya dibenarkan kepada kanak-kanak 8 tahun ke atas sahaja.
|
Alesha bersedia untuk memanah |
|
Wah handal juga.. 2 kena 10 markah.. haha |
|
Arghhh kena panahhhh.. berlakon ajer ayah ni! haha |
|
Entah berapa kali bergambar dengan Leo.. Adani asyik nak salam dan panggil.. Ketika ini kami tengah rehat-rehat makan Auntie Anne Pretzel yang sangat digemari kami anak beranak |
|
Lama kakak-kakak menunggu Cupcakes Live Workshop dimulakan.. |
|
Ramai penyertaan.. semua muka excited! |
|
Aimy dah mengantuk ketika ini.. Bosan pun ya agaknya.. hehe |
|
Setiap peser\ta diberi 2 cupcakes |
|
Rebecca nama gurunya |
|
Tempat diubah mengikut umur. Di hadapan semua kanak-kanak berumur 4-6 tahun, tengah 7-9 tahun, barisan ke 3 dan ke 4...berumur 10-12 tahun.. |
|
Anak-anak diberi taklimat dan demo cara mendekorasi cupcakes |
|
Adani memulakan yang diidamkan hehe.. |
|
Wah lajunya kakak buat...dah siap satu! |
|
Bestnya ibu! |
|
Nak letak lagi!! |
|
Alesha memulakan menghias kek cawan ke dua mengikut tema dan demo yang diberikan |
|
diajar cara menekan dan memicit kon krim |
|
Adani cuba membersihkan meja ala masterchef. Penuh gula biru ok! haha |
|
tadaaaa... dah ready! |
|
tudiaaa...penuh ok!! hahaha.. puas hati Adani ya.. |
|
Peace kek! |
|
Ayah pun nak interframe.. suka sangat nak bergambar dengan maskot haha |
|
Ayah tolong Adani lapikkan cup cakes Adani |
|
Sebolehnya semua Adani nak tabur hahaha |
|
Alesha diumum PEMENANG!!! Alhamdulillah!! |
|
Diberi 2 baucer diskaun Cupcakes Chicks sebagai hadiah ;) |
|
"Here is the winner!! Mari naik ke pentas"...kata Rebecca |
|
Pemenang seorang lagi dipanggil... |
|
Tak sangka anak dara ala lasak ibu boleh menang haha
|
Selepas mendekorasi kek cawan, barulah kami makan tengahari di Carls Jr. Lama tak makan burgernya. Sedap! Tetapi lepas makan, cik abang ajak terus balik. Tak payahlah anak-anak masuk Rolling Pretzel katanya..Aduhai, bukan sahaja anak-anak yang mendengar frust! Aku juga frust..!! Sebolehnya nak ku penuhi hari ini dengan aktiviti untuk anak-anak.. Tapi cik abang pening kepala, nak kerja part time pula bermula jam 7 petang. Nak tak nak, terpaksa akur. Kebetulan telefon ku pun dah hampir kehabisan bateri. Tidak boleh lagi mengambil gambar.
Tetapi dalam perjalanan ke lif akses ke parking, kami terjumpa semula majlis Cadbury coklat yang membuat promo dengan games dan jualan murah barangannya. Dekorasi kawasan event mereka sungguh menarik.. macam gua coklat gitu!! Sempatlah anak-anak bermain satu dua games dan bergambar percuma dengan belian RM10 ke atas. Jadilah, asal anak-anak gembira. Walau mereka tak puas, dan mahu lagi beraktiviti dan bermain.. Mereka akur dengan keputusan ayahnya. Pulanglah kami dalam jam 5 petang.. Lama juga kami di sana.. bermula 12.30 tengahari - 5 petang....