Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Selasa, 3 Ogos 2010
Sebentar di DEMC.. dan mungkin berhari di KPJ Selangor..
Sabtu 31 Julai 2010
Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, tujuannya hanya 1.. untuk mendapatkan report dan refer letter/recommendation dari Dr Koshy untuk dibawa pula ke mana-mana CDP yg akan jadi pilihan. (kami decide biar pakar yang cadangkan hehe). Seronok tgk DEMC berwajah baru di bangunan baru.. cantik sungguh!! Memang Green Building sungguh hehe.
Alhamdulillah semakin banyak info yang dapat dari Dr Koshy. Selain itu, beliau juga menyediakan minda kami dengan masalah yang mungkin dan akan berlaku dalam hal tersebut.
Tapi paling aku rasa sesuatu yg susah nak diucapkan, bila Dr Koshy juga ingin membantu kami mengisi borang Jabatan Kebajikan Masyarakat (di samping borang-borang lain yang tak reti nak aku perjelaskan di sini)...utk mendapatkan kad istimewa Aimy.. aduhai.. anak aku anak istimewa.. berat pula rasa hati untuk menerima kenyataan yang sememangnya aku sedari, fahami malah telah redha dengan rezeki Allah ini.. Aduhai mengapakah hati.. hmmm...
Wah dah hampir 3 minggu dah ni, tiada khabar berita. Selalunya kalau dah sedia semua dokumen mereka akan telefon. Ini tidak pula.. Lama dah, tak siap lagi ke? Tapi memang Dr Koshy ada cakap bagi dia sedikit masa untuk betul-betul mengkaji keadaan Aimy untuk ditaip ke dalam laporan yang hendak dibuat.
Bebaru ini di pejabat, aku terlihat salinan kad JKM tersebut di meja rakan payroll ku. Teringat terus aku pada kad yang dinyatakan Dr Koshy. Rakan sekerja aku tu pun kesian sangat, disebabkan denggi.. pendengarannya terjejas teruk. Dia boleh dengar sikit-sikit tu pun bila kita bercakap kuat dekat dengannya. Muda lagi orangnya.. kesiannn.. Cuma kata rakan payroll ku, dia mudah nanti nak parking mana-mana.. walau orang nampak dia sihat dari segi fizikal.. tapi dia boleh parking kereta di tempat khas.. hehe..betul juga hehe.
19 Ogos 2010
Akhirnya...setelah 2 bulan Adani yang asalnya bermula dari alahan.. alah menjadi selsema terhadap habuk dan sejuk.. Tak lama menjadi batuk yang teruk bila sejuk di malam hari. Akhirnya berlarutan hingga menjadi asthma. Sebelum ini, doktor bagi neubelizer dan ubat sahaja.. dah ok. Dadapatlah seminggu sihat. Kemudian berulang kembali.. Tidak lama itu, ia berulang tiap 3 hari .. semakin kerap nampaknya. Ni sejak kelmarin, kami nampak Adani semakin teruk untuk bernafas terutama di malam dan pagi hari.. ketika cuaca menjadi amat sejuk. Sampai laju nafasnya, kuat nafasnya berbunyi, berwisel dadanya nyaring kedengaran, pendek lehernya, eczemanya naik merata, pantang tersilap gerak sikit mula teruk batuk dan sukar bernafas... menangis-nangis Adani bagai kelemasan mencari nyawa... aduhai.. kasihan Adani. Aku dapat rasakan apa dia rasa, bagaimana dulu aku mengalami yang sama... seksa rasa.. cam nak putus nyawa.. huhu nauzubillah.
Pagi tadi, semasa kami tengah bersiap nak ke pejabat.. Adani batuk dan menangis tak boleh bernafas. Datang pula kontraktor yang ingin membaiki bilik air kami yang bocor. JAdi kelam kabut di situ untuk membuat keputusan. Aku ajak cik abang bawa Adani jumpa pakar kanak-kanak di hospital.. tapi dia diam jer. PAdahal dia dah putuskan untuk bercuti separuh hari bila tengok adani teruk begitu. Entah apa difikirkan aku tak pasti.
Maka pagi tadi selepas kali ke 3 dalam minggu ini kami berjumpa doktor yang sama, di klinik yang sama.. dan kebetulan doktor tersebut teramat baru di situ, belum 2 minggu pun.. Tanpa perlu aku tanya, dia sendiri yang menyatakan Adani perlu dirujuk ke pakar kanak2-hospital. Terlalu kerap berulang, dia perlukan ubat yang lebih kuat. Namun, dia minta Adani ambil neubelizer dulu sebelum dirujuk ke hospital. Setelah di neb, agak kurang dari sebelum.. tapi masih dikira kuat untuk dikatakan Ok. Jadi dah confirm kena bawa juga ke hospital. Setidaknya diperiksa oleh pakar dan mendapat ubat yang lebih bagus dari hospital. Sebelum ini, doktor yang ada di klinik tersebut, bagai tak memberi nasihat yang baik dan tak membantu dalam menambahbaik pulih kesihatan Adani. Ada pula yang menasihati aku jangan risau kerana ia cuma 'childhood asthma'. Aduhai.. takkan aku nak biar dan tunggu serta lihat jer??
Ku telefon kawan pejabatku bertanyakan pakar kanak-kanak di KPJ Selangorkah yang OK atau di Sime Darby Medical Centre? Dah lama tak berurusan memohon 'Guarentee Letter'.. nak tentukan doktor mana yang payah ni. Sebolehnya biarlah dapat yang dekat dan mudah berulang di bulan Ramadhan ni. Akhirnya kami pilih untuk ke KPJ Selangor dan memilih Datuk Dr Zulkifli sebagai pakar yang hendak dirujuk.
Tak lama menunggu, (adani ditimbang 14.6kg huhu)kami dipanggil masuk. Itu ini doktor check.. dia kata teruk dah bunyi dada Adani. Dia tanya itu ini, agak tegas bila dia bagai menegur kami yang tak bawa Adani awal-awal ke hospital dan membiarkan ini berlaku sampai 2 bulan... huhu. Kalau dibiar lama, akan rosak paru-paru Adani katanya.. huhu nauzubillah.. Ya Allah siannyaa Adani.. Dia kemudian terus putuskan Adani perlu dimasukkan ke wad untuk diberi neubelizer setiap 2 jam bagi menghilangkan yang terkumpul 2 bulan itu. Tapi berapa lama, belum dapat dipastikan. cumanya katanya, memang agak makan masa nak memulihkan penangan 2 bulan tu..
Adani menjadi takut bila terdengar Dr Zul menyebut untuk mengambil sampel darahnya.. haha. Sementara aku menunggu nombor naik untuk urusan pendaftaran masuk, cik abang bawa Adani ke lab. Adani dah suspen takut dicucuk di tangan macam adiknya Aimy kalau sakit dan masuk hospital huhu.. dia cam takut sungguh.. tapi pujuk2 ok laa pulaks.. siap excited dan tak sabar tunggu result hahahaha..
Disebabkan bilik tengah dikemas dan tiada bilik lain, kami dibenarkan pulang untuk mengambil kelengkapan dan pakaian. Tapi kami tak terus balik, menyimpang ke tujuan lain sebentar. Asyik bertanya pula bila nak balik ambil baju...hahahha...Adani...Adani.. hehehe
Dan hari inilah aku buat pertama kali ke Pasar Ramadhan tahun ini.. seronok tengok makanan yang dijual.. pelbagai!!...Wah rambang mata!! Tapi aku beli yong tau fu..mak aii.. mahalnyerr... sikit tu pun RM9..!! aduhai.. nasib sedap ya.. haha.. Selain tu beli roti boom untuk Alesha dan Adani, beli koteow dan roti john untuk cik abang, beli milo ais untuk Alesha... dicampur pula dengan makanan hospital beri.. alahai banyaknyaa.. dah laa tuna sandwich minum petang pun ada.. dapat pula dari jiran yang cucunya dah boleh pulang....Seronok makan dalam serba kekurangan di atas lantai hospital berlapik tikar kecil yang terllau kecil untuk kami berempat..
Alahai aku dah rindukan Aimy, kesian dia nak tidur tentu cari ibu.. Malam ni ayah kenalah tidurkan Aimy.. jangan balik pukul 1.30 pagi dari surau cam selalu udah.. kesiannnnn Aimy.. alahai..
Tidur Adani asyik diganggu dengan neubelizer.. kesian dia.. Aku pun dah mengantuk.. dah tak larat sahur dah.. dah makan macam-macam pas isya tadi haha.
Lain kali aku sambung.. mengantuk sangat.. pasti ada yang merapu meraban jadinya.. Esok sahajalah diedit.. harapnya ia difahami aku sendiri nanti haha
Doktor baru datang.. Lega..Syukur Alhamdulillah.. respon Adani terhadap ubat cukup bagus. Doktor kata sebelum ni dia fikir nak neb setiap 2 jam selama 4-6 hari.. rupanya tak sampai sehari dah ok.. Syukur alhamdulillah. Tapi itulah sebabnya yang boleh jadi doktor klinik tu kata ok, sebab memang kebanyakan lepas neb dada adani akan clear.. ok.. takde bunyi dah. Tu yang boleh jadi 2 bulan tuh haha..
Aimy sekarang kegemarannya berdoa makan haha.. Pantang nampak orang makan, dia terus angkat tangan doa haha.. Kelmarin dia terjaga masa sahur, bawa laa turun. Seronok dia tengok orang kat meja makan.. duduk jer ngan dia kat meja makan.. terus angkat tangan doa.. hahahha.. Rindunya kat Aimy.. hehe
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...