Selasa, 29 Jun 2010

Telah terlalu lama.. mood hilang

Banyak cerita hendak ku coretkan menjadi kenangan, tapi akal dan jejariku begitu malas untuk berlari. Hmm.. tak lama hilanglah segala cerita.. Tapi mungkin cerita tak hilang, tapi perasaan dalam cerita yang akan hilang.. MAsa tak mengizinkan benarnya..

Sabtu, 5 Jun 2010

Dunia Alesha







Itulah kawan-kawan baik Alesha. Kawan yang sering memanggilnya di depan pagar rumah bila Alesha tidak dibenarkan keluar, kawan yang sentiasa bersama, yang kerap juga berselisih faham, kawan yang dikasari dalam bahasa dan perlakuan.. Kawan yang dikongsi makanan bersama, kawan yang kerap membelanjanya aiskrim malaysia jualan jiran, kawan yang diberi pinjam basikal hingga rosak dan dipinjamnya pula basikal orang tanpa mengerti malu dan segan. Tapi itulah namanya dunia kanak-kanak. Apa pun jua yang berlaku.. persahabatan tetap utuh.. Sungguh indah dunianya.

Seorang yang kadang terlalu yakin dengan apa yang dilakukan dan diperkatakan. Agak kasar. Penyayang. Gemar berkawan dan beramah mesra. Banyak bercakap dan bercerita. Penuh dengan idea dan jenaka. Tapi kerap buat orang marah dengan tingkahlaku dan bicara yang kurang elok. Fokus, tapi bila terlalu fokus, bila dah minat yang difokus.. dilupa pula yang lain.. terabai yang lain. Perlu lebih perhatian untuk membentuk dan menasihatinya.

Itulah anak sulungku.. ALESHA SUFIA..!

Sakit separuh..

Alhamdulillah.. murah rezeki laks aku tahun ni.. 3 pasang kain aku dapat diberi mak dan makcik untuk raya.. hehehe. Syukur alhamdulillah. Anak-anak pun dapat kain untuk dibuat baju sepasang. Ok la tuh..! hehe. Kebetulan memang aku tengah sikit2 kumpulkan kelengkapan raya. Kain yang makcik bagi tadi, leh aku jahitkan untuk anak-anak. KAin coton gitu, 'bersabar' sikit aku nak menjahitnya hehe.. Tapi MASA yang payah nak cari sekarang ni huhu.

Aku rasa berat aku makin bertambah sebab stress.. huhu. Sedangkan makan aku makin berkurang, kadang telrebih makan jadi tak selesa sangat. Padahal bukan terlebih makan, tapi makan macam biasa jer pun. Tapi dek aku dah kurangkan pengambilan makanan dari yang aku dah kurang sbeelum ni, tu yang bila makan semual cam biasa.. mula laa rasa tak selesa sangat. Tapi idak juga turun berat, malah makin hari makin naik..!! huhu.. Lagi stress dibuatnya.. huhu. Tak cukup tidur pun mungkin penyebab hmm..

Adik Aimy dah semakin stabil dan sihat.. syukur Alhamdulillah. Dia pun dah makin cerdik dan dah mula menampakkan perkembangan demi perkembangan. Syukur Alhamdulillah.. Tapi memang masih lambat berbanding dengan rakan sebayanya yang lain, cuma ia perkembangan yang amat bagus untuk adik. BAdannya pun makin mantop!! haha.. hantap nak dukung lama.. dah laa tak reti diam dalam dukungan kekeke. Aimy menghampiri 1 tahun 2 bulan, aku dah dapatkan alamat dan no telefon semua pusat EIP yang ku rasa dekat dan boleh dilihat untuk Aimy.

Adani pula yang makin kerap tak sihat, dengan asthma yang kerap menyerang dan alahan yang teramat ketara. Nasib dia dah mahu makan ubat sekarang. Tu pun kena diberi puji-pujian sebelum dan selepas haha. Hairan pula tadika Adani tak panggil kami untuk sesi teacher meet parents. Tak ada kah? dulu Alesha ada masa petengahan tahun.. hmmm. Aku dalam dilemma memikirkan tadika yang mana satu untuk dipilih buat Adani tahun depan.. Sana tak puas hati, sini tak puas hati.. huhu.. pening.

Alesha pula kurisaukan sikap dan perilakunya. Susah nak dijangka anak dara sulung aku ni.. Kemudian hal peperiksaan kemasukan sekolah integrasi, aku yang lebih cuak dan dok fikir apa yang akan disuruh jawab dan disuruh buat.. Alesha relax jer.. huhu

Petang tadi ayah, makcik dan adik2 singgah ke rumah sebelum teruskan perjalanan ke Kajang. Tu yang dapat kain raya tu kekkeke. Aku semalam dah siap beli bahulu berinti dan kuih loyang madu yang teramat sedap untuk dijamu mereka. Sharp 5.30 aku turun dari pejabat...haha. Tak sabar nak sampai ke rumah, tapi jalan pepetang hari jumaat memang standard hari jem teruk.

Minggu ni aku kecik hati 2-3 kali.. huhu. Samada sebab nak period atau memang aku teruk dan rasa teruk?? Tapi aku malas nak layan hati aku tu.. biarlah.. pepandailah ia lupakan sendiri..

Aku rasa makin lama makin aku tak sihat, terutama separuh badan belah kanan aku.. dari tangan hingga ke kaki.. Kadang terasa bisa tak semena-mena. Dengan macam nak gelap mata, dengan pening, dengan sakit dada.. huhu.. ntah bila laa nak pergi cek doktor.. Tapi aku dah penat ke hospital dan appoinment doktor.. huhu.

Dah laa.. mengantuk pula.. lain kali sambung..

Catatan Popular