Sabtu, 27 Februari 2010

Lip lap...lip lap di Firefly Park Resort



SALAM MAULIDUR RASUL... Moga sunnah baginda Rasulullah SAW menjadi ikutan sepanjang zaman..

Pagi cik abg dah ke surau dengan kamera. Kena jadi photographer untuk Majlis Sambutan Maulidur Rasul di taman perumahan kami ni. Selain perarakan, ada pertandingan azan dan syarahan.. Makan-makan pun ada. Tapi aku dok rumah jer.. teman aimy sementara bibik buat kerja. Alesha dan Adani, ayah mereka balik ambil jam 9.30am. Majlis selesai jam 11am.

Aku gi facial jap ngan adani. Pastu balik, cik abg laks keluar gi masjid.. AKu pelik dia kelam kabut bersiap ...Awalnya nak gi zohor?? Aku lupa hari ni hari jumaat daa... hahahaha

Plan nak keluar jam 3 ptg, tapi adani pun masih tidur.. Cik abg ralit tgk tv.. dah bangun adani, ralit laks dia main ngan kakaknya di laman rumah. Disuruh mandi punya seksa. LAst aku yang naik mandi dan bersiap nak dekat pukul 4 dah masa tu. CIk abg kata, keluar lepas asar laa pulak.. So lepak-lepak jap.. Cari baju yang nak dipakai punya bosan jadinya. Sebab semua baju tak sesuai dan dah jemu dipakai..huhu. Baju buruk belaka yg ada huhu. Akhirnya aku pakai baju lama... kemeja zaman anak dara lagi.. zaman belajar lagi haha

Lepas asar, siap kemas barang hendak dibawa..Cium Aimy puas-puas... Barulah gerak ke Kuala Selangor. Masa tu jam dah 5.10 pm dah.. Alahai.. beriya aku nak gi awal, nak cari ikan laa, nak naik bukit Malawati laa.. last leh tuju 1 tempat jer laak kut hehe. Memula kami ingat, kena ada sana jam 7 mlm.. dan trip bot hanya 1-2 dan tripnya lama.. Tu yang bila aku cerita habis, baru cik abg nak pecut sikit bagi sempat sampai ke Kuala Selangor haha.

Sebelum sampai sempat call ex-boss, sebab mereka laa yang buat aku makin teruja setelah sekian lama dok pendam jer hasrat haha. Call ex-boss nak tanya lokasi sebenar tempat yang mereka pergi. Aku dengar ada 2 tempat yang boleh tengok kelip-kelip ni dan tempat yang dikira sebagai kawasan perlindungan kelip-kelip. Satu di Kg Kuantan yang juga di Kuala Selangor dan tak jauh pun dari tempat yang hendak aku tuju. Tu takut tersalah, maka seharusnya call dulu. Memang ada yang pergi Kg Kuantan, tak dapat nak pergi melihat kelip-kelip. Tu yang aku taknak laa pemergianku hampa belaka hehe. Kata ex-boss, tempat yang kami tuju, selepas jambatan besar Kuala Selangor. Masuk simpang sebelah kanan.. namanya Firefly Park Resort, Bukit Belimbing, Kuala Selangor. Memang ada signboard katanya.. tapi awas jangan sampai terlepas haha.

Maka selepas jambatan Kuala Selangor, kami mula berhati-hati.. Aku pula, berdebar takut tak sempat sampai untuk naik bot haha. Alhamdulillah kami jumpa dengan mudah... Terus nampak signboard dan nampak simpang ke kanan walau ikutkan tiada traffic light dan sebagainya.. Memang mengelirukan sedikit. Dari simpang tersebut, kena memandu ke dalam lagi sejauh lebih kurang 3km. Jumpa perkampungan, masjid dan akhirnya jumpa laa FIrefly Parks Resort.

Masa aku sampai, jam menunjukkan lebih kurang 10 minit sebelum jam 7 malam. Aku terus ke kaunter tiket. Kebetulan ada seorang auntie masuk ke kaunter dan buka kaunter. Aku terus beriya nak beli tiket.. sekali auntie tu kata, tak boleh jua lagi.. Kena tunggu dalam 7.30-7.45pm baru mereka jual. Lagipun cuaca tak elok ni, mereka takut kalau hujan terlampau lebat dan berpanjangan sampai ke malam... Tak dapat tengok kelip-kelip nanti. Jadi dia malas nak susah-susah lakukan urusan pulangkan duit customer.

Kami tunggu punya tunggu, dia masih kata belum boleh lagi. Last dengar azan maghrib. Cik abg kata, baik solat kat masjid yang kami nampak sebelum sampai FireFly PArk tadi. Aku ok jer. Sebab kami rasa takde surau kawasan tu. Nampak cam kawasan cha ya nun alif jer.. kan.. hehe. Tapi ntah macam mana aku tertanya gak sebelum gi masjid. Katanya ada surau, tapi belakang toilet.

Kami pergi ke surau dimaksudkan, dah laa masa tu dah gelap.. Hmmm.. alesha laks nak kencing, aku suruh cik abg bukakkan lampu surau yg gelap tu.. Adani dan cik abg yang masuk.. Aku gi teman Alesha kencing dulu. Aduhai tandas dia tak mengancam tul. (tapi tandas kat jeti bersih dan baru...!! mana laa kami pasan masa tu. Sebab belum gi ke area jeti). Aku sampai tak jadi membuang dek keadaannya.. ku tahan-tahan haha. Terus buat keputusan ajak cik abg ke masjid bila memikirkan surau pun sama teruk...huhu. Terus laju jer cik abg ok haha. Dia kata lain macam jer hahaha...

Bebudak ni suspen bila kami ajak masuk kereta semula.. Ingat nak balik..haha. Siap kena janji hanya gi masjid jer, pastu datyang balik haha. Sampai di Masjid, rupanya penduduk setempat belum berjemaah. Kebetulan cik abang aku masuk, baru mereka berjemaah. Aku suruh cik abang solat dulu dah anak-anak tiada yang tengokkan. Kang dibawa masuk masjid, kena marah laks kalau ada yang buat bising. Tunggu punya tunggu, tiba giliran aku laks.

Dah laa nak masuk ke tepi masjid tu lecak.. tengah hujan agak lebat gak tu. Nak tergelincir aku. Kata cik abg, tempat muslimah kat atas. Alamak.. suspen laks. Ku cari bilik air, ku cari tangga... Nampak bilik air.. GELAP GELITA.. aduss takut laks rasa hahaha. Aku ingat nak terus ke bahagian muslimah. Tapi tak jumpa pula tangga. Patah balik ke belakang, nampak bebudak berserban bagai.. bebudak tahfiz agaknya.. Mereka tak sempat nak tunjukkan, ada seorang brother ni yang tunjukkan. Ok nampak laa aku. Sekali aku dah anik atas, baru aku teringat aku belum berwuduk.. aparaa haha. Aku turun semula lepas letak bag telekungku di atas. Alamak, tempat wuduk kat toilet yang sama... aduhaii.. ni lomah den ni.. Dah laa tadi kat surau sana aku seram haha. Nasib ada seorang adik lalu, aku tanya dia di mana tempat ambil wuduk wanita? Dia tunjuk toilet tu.. dengan tak malunya aku meminta "dik boleh tolong akak tak? bukakkan lampu toilet ni boleh? takut laks tengok gelap gelita gitu hehe" Adik tu tersenyum dan terus gi bukakkan. Aku tawakal jer masuk... Semua urusan ku segerakan hahaha... Termasuk membuang air kekekeke.

Keluar jer toilet... legaa...! Naik terus ke atas.. Agak kotor sedikit.. berhabuk dan ada tahi cicak banyak gak ...agaknya kurang orang perempuan datang solat di sini. Aku segerakan solat.. Sempat laa habiskan sebelum usai pak imam berzikir dan bertasbih berjemaah. Alhamdulillah selesai jer.. kami gerak semula ke Firefly PArk Resort.

Terus aku membeli tiket. Masa tu dalam jam 8.10mlm. Nampak bas yang kami jumpa semasa nak ke masjid tadi. Dah agak mereka ke sini hehe. Ramai pelancong asing ke mari. Kebetulan masa kami nak masuk ke kawasan jeti, ada sekeluarga dari korea dan mungkin malaysia (chinese) berjalan bersama kami. Sempat bergambar 2-3 das.. Pakai life jacket, terus rasa best haha. Life jacket bebudak pun ada.. comel jer Alesha dan Adani pakai life jacket haha.

Kata pakcik penjaga di jeti, kamera sampai takat itu sahaja.. kalau bawak pun, takkan nampak apa di sana.. Kena bawa tripod baru boleh..dan statik. Lagipun, flash tak boleh rasanya... dah kelip-kelip sukakan keadaan gelap. Menurut info yang ku baca di sana, kelip-kelip suka hinggap di Pokok Berembang. Cahaya kelip-kelip lebih menyinar ketika bulan gelap.. Ketika kami pergi, dah 13 RabiulAwal.. jadi dah nak bulan penuh pun.. ikutkan dah tak berapa best utk melihat kelip-kelip. Tapi dah cuaca tak berapa bagus.. mendung dan masih rintik-rintik.. Kelip-kelip masih cantik dilihat dimalam hari. Itu antara yang ku dapat tahu di situ juga hehe. Pandai pakcik tu bercakap jepun haha.. Seorang lagi brother, rajin tolong tangkapkan gambar kami sekeluarga.. Aimy jer takde, sian aimy kena tinggal.. Tapi apa leh buat.. memang tak sesuai utk aimy dan dia pun dok dedar semula tu ...hmmm.

Alesha dan Adani dah tak sabar nak naik bot. Tapi dalam pada masa yang sama..Alesha cakap dia takut hahahhaa. Sebab gelap kut..! haha. Naik jer orang dari bot, kami disuruh beratur dan turun.. Disuruh hati-hati kerana pelantar licin sedikit hujan-hujan ni. Memang berhati-hati sangat kami hehe. Sampai di bawah.. kena tunggu sekejap sementara bot baru yang dah balik turunkan penumpang lagi. Kosong jer.. kami disuruh naik, kami yang pertama naik...disuruh naik kat depan, tapi dah kami berempat, dia suruh duduk di kerusi panjang ke dua.. Anak-anak di tengah antara aku dan cik abang. Excited sungguh! haha..

Bergerak jer bot, mula laa mulut budak-budak berdua ni dan pelancong asing tak henti bertanya dan berbual.. haha. PAdahal dari awal aku suruh mereka jangan cakap kuat-kuat dan kena diam baru kelip-kelip tak lari. Bot mudik pun tak laju, perlahan saja.. bagaikan dimatikan enjin tak berbunyi.. senyapp sahaja. Masuk jer bot ke tengah Sungai Selangor... kami dah nampak kelip-kelip di merata pokok-pokok di sekita tebing belah kanan... WOW!! SUBHANAALLAH...!! Sungguh cantik ciptaan Allah.. Di mana-mana ada kelip-kelip. Penuh di pokok-pokok tersebut sepanjang sungai... Sampai macam pokok krismas pula... ada lampu lip lap...lip lap... Cik abg sempat buat lawak, "entah-entah kita kena tipu... dia pasang lampu lip-lap tu letak kat pokok.. Tengok tu..mcam berentak jer cahayanya berkelip..."hahahahha. Tapi memang ya.. memang berentak bagaikan ada lagu yang mengiringi cahaya yang berkelip.. MAcam lampu lip lap haha (apa korang panggil ek?? hahaha)

Nampak ada yang berterbangan, ada yang lalu depan kami.. dan memang penuh di pokok dan dedaunan .... Cik abang cuba juga nak mengambil gambar.. Tapi tak berjaya.. GELAP semata-mata.. yerlah lense tak boleh fokus pun hehe. Gambar kami pun gelap jer dah tak boleh guna flash hehe. Lama juga bot bergerak menyusuri tebing .... sampai satu tempat... pokok yang sama pun tiada lagi, bot kami mula berpusing berpatah balik ke jeti.. Seronok Alesha dah nak balik hahahha.. Dia takut jatuh sungai katanya.. haha. Turun jer dari bot, terus budak-budak ni lapar. Sebok ajak makan luar, taknak balik rumah lagi hehe.

Kami cuba ke area Pasir Penambang. Tempat mak ayah selalu beli ikan kalau datang ke rumah kami hehe. Tapi dah malam kan, apa jer yang ada.. Restoran cha ya nun alif ada laa.. penuh restoran seafood depa hehe. Tak tahu mana nak makan, akhirnya kami ke Tesco Kuala Selangor... Sesambil makan, boleh beli barang keperluan sekali...dah waktu pun masih awal. Baru jam 9 masa kami sampai Tesco tersebut hehe. Makan dulu, baru beli barang. Akhirnya lebih jam 12 kami sampai rumah. Terus mandi dan mengemas sikit sebelum dapatkan aimy. Kakak-kakaknya dah tidur dari dalam kereta hehe.

Subuh Sabtu, aku terjaga dek sakit perut.. Lepas solat subuh pun dok berulang tandas...alahai. Akhirnya lepak jer kat katil sampai Aimy bangun haha. Hari ni cik abg ada job ambil gambar opismate dia bertunang.. Aik nama tunangnya sama jer ngan cik abg!!... bahaya ni hahahaha.. Kebetulan pula.. Cik abg sendiri tak tahu sampai dia tengok nama tunang kawannya di kek dalam dulang hantaran... Sebijik sejiban laks tu ejaan hahaha. Ishh nauzubillah laa kan.. Kebetulan pihak lelaki datang lambat giler, terpaksa cik abg menunggu lama di sana.. yang aku kunun nak keluar beli nestum aimy dan barang lain, tak jadi dah cik abg pakai kereta. JAdi memang hari lepak seduni laa di rumah.

Aimy hari ni naik suhunya sampai mencecah 38.3C... aduhaii risaunya aku.. Kenapa laa asyik demam jer ni dek..?? Kami sapukan air ke badannya dan letakkan saputangan lembab didahinya selepas bagi ubat. Turun kejap suhunya.. hmmm. Risau ni... Nekad nak bawa berurut esok ni.. tak pun gi sekali lagi ke ustaz atau rumah Pak Anjangku. Minta air penawar atau apa saja laa.. utk ikhtiar.

Adani pula, punya seksa nak habiskan homework.. Banyak alasan dia.. KAdang buat tak dengar jer bila kita ajak dia buat.. Alesha pula, awal dah siap homeworknya. Memang fesyen dia, ada jer homework laju sikit dia nak buat.. berbanding adani yg malas sket nak ngadap lama-lama homeworknya...haha.

Dah jam 2 lebih.. patut tido dah ni.. ok nite!;)

psss... kalau nak tgk gambar full.. gi FB laa.. kat sini berkali-kali upload tak lepas.. hmmm

Rabu, 24 Februari 2010

TENSION!!

Rasanya sejak minggu lepas aku asyik tension dengan boss aku.. Aduhai.. Ni beberapa hari aku dah ok.. tak fikir dah.. dah lapang dada.. Adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lagi yang dia kacau ptg semalam... tensionnyaaa.....!! Huh segalanya dia kaji dan selidik... sungguh takde kerja gamaknya..sempat dia tengok sejarah training dan tugasan aku sepanjang hampir 13 tahun tuh!! Memang pelik bin ajaib!!! Kalau utk tujuan yg baik takpe.. ni asyik laa cari hal laa pada aku... hmmm..

POSITIF!!

PoSITIF!!

Set mind to be positive !!

Hopefully not me in the list !! cukup2 lah tu.. apa dosa aku pada dia????

Isnin, 22 Februari 2010

Ada berapa ekor gajah??

Ahad semalam sebaik kami menghantar mak ke stesyen bas dan melihat mak naik bas.. Kami berempat (aku, cik abg, alesha dan adani) ke Pasar Tani Shah Alam di Stadium Shah Alam. Mudah pula kami dapat parking, dekat dengan area barang basah..

Maka seharusnya beli barang basah dulu baru jalan-jalan. Pilih udang, sotong, ikan dan ikan...berjalan cari ayam pula. Jadilah untuk seminggu punya stok. Dah ada bibik dan anak-anak yang sentiasa di rumah ni, memang kena ada stok makanan dan barang basah hehe. Selesai saja membeli barang basah, cik abang simpan dalam kereta. Aku bertiga menunggu berdekatan melihat gerai-gerai keliling. Anak-anak nak air, belikan air. Nampak laks cucuq peniram digoreng panas-panas.. huh menarik perhatian sungguh. Baru jer sebut dan teringat, dah ada depan mata. Kecik-kecik laks tu.. terus beli dan terus ngap! haha.

Cik abg sampai jer, mula jalan. Tapi tak sempat jalan jauh.. terpaut pada seorang pakcik yang baru meletakkan mainan yang ada landasan dan binatang yang bergerak membawa anak-anak keliling landasan. Sungguh menarik perhatian walau jualannya hanya itu sahaja. Anak-anak pun tertarik, aku biarkan saja mereka melihat. Seronok tengok binatang mainan tu bergerak berjujuk membawa anak-anak haha. Ada gajah, ada zirafah, ada singa laut dan ada dinasour. Memang begitu mencuit hati dan akalku. Ntah kenapa...

Pakcik penjual begitu ramah sekali dan pandai melayan budak-budak. Cukup cekap dalam berbicara dengan anak-anak kecil seperti anak-anakku. Sambil dia berborak, sambil dia menasihati bab mengajar dan mendidik anak-anak.. Terutama berkenaan matematik dan mengenal sesuatu serta menguji minda anak-anak. Diajukan soalan demi soalan pada Alesha dan Adani. Walau ikutkan soalannya begitu mudah dan begitu biasa kita dengar, tapi bila gabungan soalan dan mainan serta suasana begitu.. anak-anak cepat menangkap dan berupaya berkomunikasi dengan baik.

Adani yang kusangkakan selama ini agak berat mulut pada orang yang tak dikenali. Terutama bila tiada kakaknya.. begitu galak menjawab soalan atok! Alesha pula berfikir dulu sebelum menjawab. Begitu berhati-hati dalam menjawab haha.
"Haa kakak ada berapa ekor gajah kat sini??"
"4!!" jawab Alesha... "Wah pandai cucu atok"
"Haa adik pulak, binatang yang mana lehernya panjang??" adani tunjuk ke zirafah sambil merenung atok di depan mata... "haa pandaii"
"Apakah warna dinasour?"
"green!" jawab adani... laju dia menjawab haha.
"kakak, 4 gajah campur 2 zirafah jadi berapa?"
berfikir dulu kakak sebelum menjawab "8... eh 6!" haha

Sakan atok tu melayan anak-anakku di samping anak-anak lain. Dia memuji Adani lebih pantas dan bijak dari kakak. "Kalau diajar dan didik dengan baik, memang pandai adik ni dari kakaknya..." kata atok. Itu memangkami nampak, potensi adani ni kadang nampak lebih dari kakak. Tapi sebab dia kurang nak agresif di depan khalayak, selalu tak nampak potensi yang ada. Tapi tulah, belum tahu lagi kan.. semuanya masih kecil. Masih perlu dan terus diajar dan didik dengan cara yang betul. Tapi aku ni kadang, terlupa semua itu walau ku tahu. Tapi bila praktikal, aku lupa nak bezakan cara mendidik kakak dengan mendidik adik-adiknya.

Memang benar, sebenarnya pelbagai potensi dan kebolehan yang ada pada setiap anak-anak. Kita sahaja yang perlu mengkaji dan mencungkil apa yang terbaik ada pada mereka. Tapi terkadang, masa begitu mencemburui.. Kekangan waktu dan beban kerja di pejabat dan di rumah, buat kita cepat lesu dan letih dan mula tidak boleh berfikir dengan betul untuk anak-anak. Terkadang sedar, terkadang tidak.

Kadang aku rasa, aku terabaikan hal pendidikan adani. Dulu masa Alesha dari kecil, aku seperti teori yang aku baca dan tahu. Tapi bila anak dah 2, kesibukan bertambah.. mula teori itu hanya tinggal teori.. aduhai kesihan Adani. Kadang-kala sahaja aku teringat dan mula mengajaknya belajar dan melihat dalam dirinya. Nasiblah Adani ni bagaikan cepat sikit menangkap dan pandai belajar sendirian. Maga terbinalah dirinya.

Aimy pula, aku terlalu risaukan kesihatannya..sampaikan lupa rangsangan-rangsangan yang harus ku beri berterusan. Ilmu-ilmu dan pengetahuan yang harus ku terus ceduk dan kaut di mana jua. Aku bagaikan terhenti dengan usaha-usaha itu bila kekangan waktu menghantui aku. Dengan beban kerja di pejabat yang bagaikan suruh disambung di mana jua.. buat aku agak stress, tension ..! Menjadikan diri dan mindaku terbantut tak berkembang.. Adus.. harusku positifkan kembali cas-cas yang ada padaku. Harusku usahakan kembali mencedok ilmu untuk ku aplikasikan kepada anakku yang bernama Aimy Sufia.

Mendengar kisah, membaca cerita insan lain yang bernasib sama membuat aku bersemangat untuk terus berjuang untu anak-anak. Walau Aimy perlu diberi perhatian lebih, anak-anakku yang lain juga harus ku seiringkan perhatian dan usaha dalam membantu mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Ya Allah, sesunggunya ku bermohon padaMU... berilah aku kekuatan dan kesungguhan dalam apa jua yang ku lakukan untuk anak-anak amanahMU ini ya Allah. Berkatilah aku, permudahkanlah aku, murahkanlah rezeki kami dalam berusaha mencari sesuatu yang dapat mengubah nasib kami. Amin...amin ...ya rabbal alamin...

Ahad, 21 Februari 2010

Tetiba jer...

Aku ni kadang, instinct terlampau kuat.. Ni terasa semacam.. sampai rasa senak perut. Berdebar.. hmmm. Apa? aku pun tak pasti.. Pasal cik abg ke? Kadang dia ada buat sesuatu.. memang aku rasa gini hahaha.. Ke pasal lain? hmm entah laa

Nak kata emosi PMS.. idak.. baru jer lepas...hehe. Apakah sebenarnya??? Tak best betul kalau hati tak tenang begini.. berdebar sungguh..!

Jadi takde idea aku bila dug dag gini... ok lain kali sambung menulis

ya a auwwww!!!

Entah kenapa terasa TERseronok pula bila orang puji kali ni.. Selalu tak makan puji aku ni.. buat dek jer.. hahaha. Tengahari jumaat lalu, ada yang kata aku nampak muda ...terkejut aku haha.. Sebab dah lama rasanya aku rasakan diri aku buruk, tak cantik, nampak tua dan sebagainya.. hmmm.

Jumaat tengahari ada tetamu berkunjung ke rumah. Asalnya atas perancangan Ayahku. Tapi itulah, bila orang tua yang bersusah payah membuat janji, kita terkesima.. kesihan ada, rasa bersalah ada, rasa segan dan malu usah cerita huhu..Jadi kena turutkan dengan ikhlas. Cuma paling segan dengan kawan-kawan yang telah ku berjanji nak makan sama-sama di Johnny's Summit. Tapi nasib kawan-kawan memahami.. Terima kasih semua. Tapi frust dan jeles gak aku bila RAMAI sungguh kali ni menjelma.. dan ada makan kek dari kawan yg pandai buat kek laks tu!! aduss rugiii...rugii.. hehehe.

Segalanya berjalan lancar, walau masa terlampau singkat untuk berjumpa dan berbicara dan bercerita detail.. Hanya serba sedikit apa yang teringat dan ditanya.. Anak-anak pula tidak biasa, kurang memberi kerjasama haha. MAsa tidur pulak tu.. dengan selamber Adani mengheret bantal dan botol susu ke depan tv untuk landing time haha. Alesha pula selamber brutal dia pakai baju berlapis-lapis...dengan stoking sekolahnya tak ditanggal huhu..sungguh kelam kabut ku rasa di depan tetamu.. MALU haha.

Apa pun harapnya boleh laa dapat sedikit input untuk pengisian bersama..

Tengahari Sabtu semalam, selepas zohor aku menghantar mak ke KL Sentral. Mak nak naik komuter ke Ipoh. (Nak jugak-jugak balik cepat!). Dah la aku dah lama benar tak ke Bangsar dan KL sentral terutamanya, yang ku bawa cuma Alesha dan Mak yang tidak dapat membantu andai aku tersilap haha. Dengan salah parking, parking di basement bangunan Plaza Sentral. Sepatutnya pergi ke Stesyen Sentral.. dengan cuaca begitu panas terik membuat cepat penat dan dahaga.. Terpaksa aku berpatah balik ke tempat parking, dan mak dengan Alesha tunggu di point terakhir kami berjalan. Nak cari parking kereta aku pun leh aku berpusing-pusing sesat ke apa tak tau laa hahahha. Dah laa sunyi, maklumlah hari Sabtu... bangunan pejabat sebegitu mana ada orang sangat. Pencuci jer yang ramai hehe. Keluar parking, mencari mak dan alesha pun ikut instinct jer haha.

Masuk pula dalam Stesyen Sentral, parkingnya ala berpusing.. aduss pening pala.. takut terlanggar dinding jer hahaha. Mula pergi ke kaunter tiket di tingkat 1.. Kemudian ketingkat 2 pula bila diberitahu untuk membeli tiket komuter ke Ipoh, perlu pergi ke Stesyen Antarabandar. Sampai di kaunter, ku tanyakan tiket untuk hari ini.. Masa tu jam dah 3.15pm. Tiket jam 3 ptg dah tentu habis.. Tiket jam 6 ptg pun habis dijual. Cuma ada 9.30mlm dan 9.45 malam. Ishh bahaya pula mak nak naik malam-malam. Tanya untuk esok masih ada.. Tapi mak pula tak mahu. Nanti susah adikku Ida nak hantar mak balik ke Manjung dari Ipoh sementelah dah hari Ahad.. Akhirnya mak kata dia nak naik bas jer. Ajak beli tiket di Pudu. Aku kata, baik try tengok tiket di Shah Alam. Dekat sedikit nak hantar ke stesyen bas. Mak setuju. Maka berpatah balik kami. Terus ke Sek 17 Shah Alam.

Alhamdulillah memang ada bas terus ke Manjung dan LUmut. Tapi hanya ada bas Transnasional sahaja.. Ada tiket jam 7 mlm, 9 pagi dan 2 petang sahaja. Mak pilih jam 9 pagi esok. Alhamdulillah lega dah dapat tiket. Terus balik rumah.

Haa nak cerita hehe... Dalam perjalanan ke Bangsar, mak ada cerita berkenaan hal kongsi-kongsi. Tapi biasalah mak, ceritanya kurang jelas.. aku tanya "Apa yang kongsi??" mak jawab "kongsi laa apa saja".. aku balas semula.. "yerlah kongsi apa bendanya? contoh?". Mak jawab.. "apa-apa jer laa di sana.." aku tanya lagi.. "kongsi apa?" sekali Alesha menjawab "KONGSI FAT CHAI la ibu!!" wakakkakakaka...gelak besar mak dan aku hahaha.

Sabtu, 20 Februari 2010

Dairi sepanjang minggu..

Tempohari aku terpaksa berhenti menyambung menaip di laman blog ini dek mengantuk terlampau sangat dan kepenatan.. Jadi cerita di DEMC berhenti takat hari jumaat sahaja..hehe. Entahlah.. tetiba macam malas pula nak teruskan cerita.

Aku ringkaskan sajalah.. Sabtu 13 Feb, demam Aimy hilang langsung.. syukur Alhamdulillah. Lega betul rasa hati. Hari ni ada 2 kawan datang melawat. Jiejah dan anaknya Adam serta Elyn sekeluarga. Kemudian lewat petang, kakakku Dewi sekeluarga datang bersama kak sitam sepupuku dan MAK aku hehe. Kali ni memang ramai ziarah yang diterima.. Alhamdulillah rezeki Aimy. Cuma tak bestnya hari ini, Aimy jatuh katil!! Nasib laa katil tu rendah, dan aku pula dah halang dengan bantal. Maka aimy jatuh bersama bantal.. Cuma aku risaukan takut terkena besi meja atau kerusi di mana kakak-kakaknya sedang duduk bermain games di internet. Kesian aimy, dia menangis sebab terkejut, dah terlentang bawah kerusi meja kakaknya duduk.. Cian dia.. baru aku teralpa tak sampai 1 minit, dah jadi gitu.. huhu rasa bersalah tak terhingga.. Dah laa dia baru nak sihat.. huhu. Apa pun, memang Aimy lasak.. tak boleh tak diperhatikan.

Duduk di hospital memang aku lesu.. sebab asyik terganggu tidur dek nurse datang nak bagi ubat la, nebulizer la, check oksigen la, cek suhu laa..jep antibiotik laa macam-macam.. Letih kita jadinya. Anak-anak pula semua ada, pelbagai kisah ada di hospital hehe.

Ahad 14 Februari, demam Aimy kembali dari sebelum subuh lagi.. Dedar sahaja, tak tinggi suhunya. Tapi ia petanda tidak begitu baguslah.. sebab takut demamnya ada semula. Bila doktor datang, dia kata...terpaksa mulakan antibiotik peringkat seterusnya pula.. Namun, antibiotik yang dah disuntik dari jumaat, masih diteruskan. Aimy terpaksa didrip air, dan dimasukkan antibiotik yang lebih kuat dalam drip air.. Tak boleh terus masuk dalam saluran line tangannya. Sebab kuat dan sakit sangat kata nurse. Habis jer antibiotik dlm drip, terus ditanggalkan semula.

Aimy agak merengek sikit di hospital, terutama bila hendak tidur. Adus memang letih sungguh.. mengantuk sungguh jdinya aku. Nasib di siang hari cik abg datang.. paling tidak, dapatlah aku mandi, masuk toilet dan buat apa saja dah ada yang tengokkan aimy.

Petang ayah datang bersama makcik dan adik-adik. Mereka bawa roti jala dan kari ayam, bihun, limau, dan coklat untuk anak-anak.

Eh catatan sebelum aku ada cerita ke hal Aimy kena Urine Infection? Kalau ada takpelah, kira ulangan.. kalau takde, ni nak ceritalah ni hehe. Doktor tunjukkan result darah dan urine Aimy. Auto scan buah pinggang NORMAL, alhamdulillah takde apa. X-TRAY pun alhamdulillah takde yg tidak normal. Tetapi ada kandungan bakteria dalam urine aimy. Dan ada satu kandungan apa ntah yang dikatakan positif. Maafkan aku lupa nama sesuatu yg ada dalam urine Aimy itu huhu. Pastu doktor tunjukkan pula result darah. Memang ada peningkatan sel darah putih berbanding ujian darah sebelum-sebelum. Jadi jangkitan di urine telah buatkan Aimy demam. Kata doktor, jangkitan itu mungkin berkaitan sembelitnya. Tapi cara penjagaan kebersihan anggota sulit Aimy juga perlu diambil kira. Begitu juga dengan cara penyediaan makan minum aimy. Perlu kerap membasuh tangan. Hmm memang ku pesan pada bibik semua ini, kerana dia tiap hari ada bersama Aimy.

Ada seorang nurse membuka line di tangan Aimy kerana katanya, tangan Aimy mulai nampak bengkak. Tu agaknya dia asyik merengek serba tak kena...sakit tangannya... Bila line dibuka, aimy terpaksa makan ubat antibiotik dan tidak dimasukkan suntikan antibiotik yg pertama seperti sebelum.

Malam ahad, semua anak-anak dan cik abg tidur di hospital. Kesian mereka, cuti lama tak ke mana. Maka bercutilah kami di hospital.. Maafkan ibu ...

Isnin 15 Feb 2010. Seawal pagi Aimy dah diambil dek nurse untuk di jep di punggung antibiotik yang kuat. Kalau semalam dimasukkan dalam drip air, tapi sementelah line tangannya telah dibuang, terpakasa jep sahaja di punggungnya bersilih ganti, hari ini kanan, esok kiri.. begitulah kiranya. Alhamdulillah suhu Aimy tak tinggi walau masih dedar. Doktor datang mengesahkan Aimy boleh balik, tapi perlu datang esok pagi untuk ambil jep terakhir untuk antibiotik yang kuat itu.

Menunggu urusan bil astaghfirullah.. LAMANYAAAAAAAAAAAAAAA...!! Bayangkan selalu paling awal boleh keluar dalam jam 12tghari.. Tapi akhirnya sampai jam 4.30ptg baru selesai segalanya. Ni insurans ofis cik abg laa lambat benar proses. Sempat laa anak-anak mandi, makan, bermain serta berkenalan, tidur dan tidur lagi.. dan paling akhir, sempat kami makan rojak pasembor sebelum balik hahaha.

Home sweet home..! Sampai rumah, cuaca panas.. berbahang rasa.. Selesai berkemas, terus mandi. Sempat guntingkan rambut aimy yang dah panjang dan berserabut. Kemudian kami layan tidur awal masing-masing haha.

Selasa 16 Feb, usai bawa Aimy amik jep antibiotik dia DEMC.. kami terus ke rumah Dewi. Niat asal nak amik mak, dah mak suruh ambil. Tapi akhirnya mengikut mereka main bowling di Alamanda haha. Sempat lepak-lepak di rumah Dewi sambil makan dan makan haha. TAwakal jer bawaa Aimy yang baru kelaur hospital, berjalan.. huhu. Malam juga baru kami balik ke rumah. Budak-budak seronok bila ada Opah hehe. Yang tak best, ESOK KERJA!! Alahaiii penatnyaa rasa, malas nak gi kerja.. Tapi kang kalau aku cuti, ada yang kena bambu hahaha.

17 Feb 2010. Memang begitu sibuk di pejabat. Tak menang tangan aku dek kerja yang lepas satu-satu diberi boss. Aduhai.. Tapi Aimy dah tak dedar.. SYUKUR ALHAMDULILLAH... .Tapi Adani pula demam panas Mula cek suhunya 38.3C... dari tengah malam tadi lagi suhu dia meningkat. NAmpak dia respon dengan baik terhadap antibiotik tu. Terus kuajak dia mandi. Dah mandi pun suhu tak turun.. Pakaikan kool fever. Ubat pula tak nak dimakannya, jadi masukkan dalam susu... Bila dia dah tido, cek lagi suhu...aduss meningkat hingga 39.6C!! Cuak aku.. mula cari tuala dan basahkan. Aku lap seluruh badan dia.. Ayahnya dah tak sedar berdengkur.. Rupanya dia tak smepat minum susu dah tertidur. Patutlah suhu meningkat, dah ubat tak masuk badan.. Tak tidur aku pantau suhu Adani.. Kesian dia.. kering bibir dan merah sangat bibirnya.

Aku seronok di pejabat bila buat beramai-ramai kerja memfail fail P&C di bilik kebal hehe.

18 Feb...hmm aku agak stress dan tension sedikit. Hal Appraisal.. hmm macam tak pernah dihargai pula cara boss review 'aku'. Hmm entahlah. Tawakal jer laa.. Moga Allah lembutkan hati boss dan sentiasa rasa belas bila aku ada masalah. Aminnn...

19 Februari. Wah pakai baju cantik hari ni..haha. 1st time pakai selendang pergi pejabat! Semua gara-gara hal tengahari hehe. Paling ralat, aku terpaksa tak dapat makan-makan dengan kawan-kawan Kelab Isteriku..huuhu. Nak buat macam mana, kesian pula hal satu lagi.. Ayah yang beriya suruh OK jer haha.

Adani dah sihat, begitu juga Aimy...syukurrr Alhamdulillah. Lega aku.. Tapi tetap sukar aku nak meninggalkan Aimy dan Adani yang baru nak sihat bila pepagi hari.. Ni yang buat lambat sikit sampai pejabat.. hmm.


20 Februari 2010, Aimy genap 10 bulan.. Sungguh pantas masa berlalu.. Rasa tak terkejar aku untuk lakukan semua yang aku rancang dan aku janji pada diriku untuk lakukan. Terutama berkenaan anak-anak.. Hal Alesha, hal Adani.. dan pelbagai hal Aimy.. Aku nak stimulate Aimy ke peringkat seterusnya pun tergendala...huhu. Kena bersungguh menguruskan masa dan diri selepas ini. Perlu berazam lebih kuat demi anak-anak. Apapun, moga Allah lindungi kami dan sentiasa membantu kami permudahkan segala urusan dan berkati perjalanan hidup kami di dunia dan akhirat.. Aminn...

Catatan Popular