Memaparkan catatan dengan label Aimy's World. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aimy's World. Papar semua catatan

Isnin, 3 Disember 2012

Tadika?

Kalau dulu..kakak-kakak aimy..waktu ini ku dah excited berkira-kira duit yuran nak membayar yuran tadika utk playgroup umur 4 tahun. Dah excited bercerita pada mereka betapa seronoknya sekolah... Tapi Aimy.. Huhu.. Sayu tgk dia.. Ku tidak boleh nak buat macam ku buat pada kakak-kakaknya untuk dia.. :-(

Kalau kakak-kakak ada gambar 1st day tadika seawal umur 4 tahun. Tetapi Aimy?? Kesiannya anak ibu...

Apa pun...Aimy perlu bangga.. Aimy sebenarnya telah mula bersekolah sejak berumur 2 tahun 2 bulan lagi tau! Walau ia bukan tadika, tapi lebih kurang serupa juga dengan playgroup.

Aimy hebat!!
Published with Blogger-droid v2.0.9

Jumaat, 30 November 2012

Sindrom??

Secara sahnya Aimy bukan penghidap Rubinstein Taybi Sindrome. Tetapi memang ada menghidapi sejenis sindrom...sindrom yang tidak diketahui.

Harap Maklum
Published with Blogger-droid v2.0.9

Ahad, 5 Februari 2012

Langkah?

Syukur Alhamdulillah.. 2 hari dah ku perasan Aimy melangkah 2 langkah. Aku ingat perasaan aku sahaja. Tetapi hari ini dah 4-5 langkah!. Syukur sangat. Suka dia tergelak-gelak berjalan dan ketawa besar bila ibu ayah dan kakak-kakak memberi semangat dan tepukan. Kakak pun seronok sangat melihat adiknya.. Ya Allah sungguh besar makna anugerahMu di hari Maulidurrasul ini. SubhanaAllah! Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Isnin, 16 Januari 2012

Panjang Akal!

Semakin lama semakin panjang akal Aimy ni.. Otaknya ligat berfikir kadang tu. Ada jer idea dia nak buat sesuatu yang kita tak sangka-sangka. Bulan lepas..aku sedang solat..dia tolong berkemas tepi aku memunggah barang-barangku yang aku tak sempat nak susun masuk dalam kotak dokumen. Tetiba dia pegang dan main bateri telefon bimbit aku yang lama. Aku tengok jer dia main..pantau agar dia tak masuk ke dalam mulut. Tapi tanpa ku duga, dia cari telefon ayahnya di atas katil dan cuma nak masukkan bateri telefon tu ke belakang telefon bimbit ayahnya. Bila cubaannya tak berjaya, dia minta ayahnya bukakan penutup belakang telefon tersebut..haha.. Bijakkk...bijak..Sekarang suka sangat dia menunggu aku solat. Kadang pandai dia tak kacau. Kadang agaknya tak sabar menunggu, dia mula mengacau. Diselak sejadah, diselak telekung aku ketika tahyat akhir, dan paling payah bila dia berbaring sambil merenung aku di atas sejadah..macamana aku nak sujud?? bertuah betul! haha.Adakala, dia bermain dengan bateri AA dan box kayu kecil yang sepatutnya diletakkan pensil. Dia masukkan semua bateri AA tersebut satu persatu dan keluarkan semula..kemudian tepuk tangan tanpa disuruh. Adakalanya, sibuk menyikat rambut walau tak kena sikat ke rambut. Sibuk berbedak.. Dicubanya letak ke kaki dan muka.. Kalau tak keluat bedak, mula dia bagi pada kita sambil menghulur kaki suruh disapu bedak. Begitu juga kalau melihat kita memotong kuku.. Sibuk dia juga menghulur kaki untik dipotong kuku hahaha.Sekarang kegemarannya buku. Tak lekang dengan buku. Terutama bila dalam perjalanan pergi dan balik sekolanya. Sampai lunyai dan terbahagi tiga buku dikerjakan bila geram haha. Tapi puas hatilah.. Dia memang asyik dan ralit dengan buku. Sambil mentelaah, mulalah keluar segala bunyi dari mulut munggilnya.. Kadang halus macam bunyi kucing haha..kadang kecoh macam menyanyi-nyanyi.Haa tu belum dengar lagu lagi.. Mula la pandai joget henjut-henjut dan tergerak kaki tangannya. Terbaru, dia goyang badannya ke kiri dan ke kanan cam kumpulan koir tu hahaha..comel jer rupa..(maaf ya puji anak sendiri haha).Kalau dulu, aku tanya "Siapa pandai angkat tangannn?!!!!" Siapa baik?..Siapa cantik? Siapa comot? Siapa mengada?... laju aimy angkat tangan. Asal sebut "Siapa"..dia dah angjat tangan dulu. Dulu angkat tangan sebelah...sekarang dua belah. Kini lagi advance, kami tanya dalam bahasa inggeris juga dia faham.. Laju angkat tangan.. Suka teacher dia mainkan dia bila dapat tahu hal tu.. Kalau nampak telefon aku, sama ada dia nak main fruit slice dan kid doodles, dia akan minta nak dengar youtube lagu twinkle twinkle little star hehe.Makan dan membuang air besar pun dah bagus. Sudah kurang sangat tersedak dan tercekik bila makan begitu juga dengan membuang air besar. Sejak 3-4 bulan ni alhamdulillah makin ok.Apa pun Aimy dah makin stabil berjalan dipimpin tangan sebelah.. Aku amat berharap sangat Aimy dapat berjalan dan bercakap tahun ini. Bercakap tu paling tidak 4-5 perkataan pun jadilah!!.. Kemudian pasti lebih pandai kan..hehe.Untuk harapan itulah, kami membawanya ke Pusat Terapi Sham di Jalan Sentul, KL pada 7 Januari lalu. Mencuba terapi dari pihak persendirian yang lebih fokus untuk dirinya. Pertama kali pergi dah dapat 6-7 kerja rumah. Menangis Aimy didera suruh buat itu ini hahaha.. Kelakar tengok dia mengamok dipaksa. Antara terapi yang diminta dicuba kepada Aimy oleh Dr Sham, antaranya :1. Terapi Ais.. Untuk menenangkan Aimy yang bila mengamok marah, sembelit dan geram suka menegangkan kakinya hehe.2. Terapi lampu dalam bilik gelap untuk penglihatannya3. Meningkat fokus/tumpuan4. Sensory untuk deria-derianya5. Keseimbangan - untuk hilangkan ketakutan dan membantunya mengimbang diri6. Menguat otot kaki- merangkak, memanjat, duduk cangkung bangun, dan sebagainya yang sesuai.7. Kad imbasan - terutama gambar ahli keluarga (ini memang sedang diusahakan atas permintaan sekolah aimy.. Jadi boleh buat sekali untuk di rumah hehe)Apa pun setakat ini semuanya dapat dibuat dengan sekejap-sekejap. Jadilah buat permulaan. Nak dapatkan kerjasama aimy bukan senang. Moodnya asyik bertukar. Kadang kita pula yang banyak komitmen lain terhadap anak-anak lain dan rumahtangga. Namun aku harus berusaha kuat untuk Aimy.. Aku tak boleh lagi berlengah dengan masa. Buat Aimy, masa perlu dikejar. Setiap masa perlu digunakan dengan sebaiknya.. Moga hajatku hendak melihat Aimy berjalan dan bertutur tahun ini dimakbul Allah swt. Ya Allah perkenanlah doaku dan permudahkan urusanku. Ko tetapkan imanku agar sentiasa mengingati dan tetap hati dalam beramal ibadat...aminn.
















Published with Blogger-droid v2.0.3

Khamis, 24 November 2011

Ciannnn... dia.

Seperti biasa kalau hari selasa Aimy ada kelas swimming sekolahnya bawakan. Kalau ada kelas swimming ni, balik jer dia merengek sedikit kepenatan dan nak cepat tidur. Memang cepat Aimy tidur. Jam 8.15-8.30 malam gitu. Tak.perlu aku penat berhempas pulas menidurkan dia. Tapi rasa kepala dan lehernya agak suam..macam demam. Terus kami berikan ubat demam dahulu.

Pagi masa kejut Aimy, terperasan dia terkencet hingga terkeluar sedikit ke cadar katil. Ingat memang nak membuang seperti biasa tapi tak lawas. Sekali sebaik aku dan anak-anak dah bersedia nak masuk kereta.. Aku cium bau uang tak menyenangkan pada Aimy. Laa Adik berak ke dik? Tak jadi aku fan Aimu masuk kereta. Kakak-kakaknya saja yang dah masuk.

Agak sedikit terkejut aku bila melihat najisnya cair melampau. Paling aku terkejut melihat kemaluannya begitu teruk jadi ruam..melata merah semerah-merahnya. Aduhaii..kesiannya anak ibu..Nape sampai teruk begini? Tapi dulu pun pernah terjadi begini, sampai merah melecet kemaluannya.. Merengek jer dia pedih dan sakit tuh!! Aku tak tau apa nak buat.. Sudahnya aku hantar ke sekolah dia juga. Tawakal jer la..sebab Aimy nampak cukup segar dan sihat pagi ni.

Tetapi, ketika aku memgambil Aimy di daycare nya lewat petang.. Teacher Shyla memegangnya secara menatang.. Katanya Aimy macam dah tak larat sebab asyik ceret beret dan terlalu cair najisnya. Begitu kerap dia menggantikan daiper dan seluar. Kawasan daipernya juga terlalu teruk, semakin merah dan bagai sekata dalam kulit kata teacher. Alahai ciannya anak ibu.. Tapi Aimy tetap nak borak dan tersenyum di dalam kereta.

Sebaik sampai rumah, ayahnya bawa Aimy keluar kereta.. Aduhai disembam mukanya di bahu ayahnya.. Tak larat la tuh. Ketika ditanggalkan seluar baju dan daiper, ada sedikit najis yang melekat pada daiper yang baru TEacher Shyla ganti sebelum diserahkan Aimy pada aku.

Usai Aimy mandi, lagi seriau aku tengok kemaluan dan tepinya semerah-merahnya yang pernah sekali aku lihat dulu! Ada pula yang menggelupas dan ada macam berbiji-biji yang pecah melecet..kesiannnyaaa Aimy.. Menangis dia aku lap perlahan-lahan kawasan kemaluannya. Ya Allah sakit sangat rasa bila tgk.

Selepas maghrib kami ke klinik. Doktor kata mungkin rashes itu berlaku disebabkan oleh ceret itu sendiri. Kulit dia tak tahan sesuatu yang bertoksid.. Doktor berikan ubat sapu, ubat air utk hentikan cerit dan kembung.. Kemudian serbuk orwn untuk buat air garam tu. Nangis dia bila disentuh kawasan itu untuk di sapu ubat. Sebaik disapu, terus tidur tanpa disuruh-suruh hehehe.

Harap anak ibu-Aimy cepat sembuh hendaknya.. Kita nak jalan dik Sabtu ni.. Jangan terusan sakit ya. Kesian adik nanti teruk menahan dalam perjalanan. Biarlah adik riang-ria ketika di bawa berjalan dan bercuti.. Aminnnn
Published with Blogger-droid v2.0.1

Khamis, 17 November 2011

Aimy..



Tadi melihat video Alanna Qisy dalam fb Ina. Sedih dan syahdu aku... Biarlah Aimy tak sempurna mahupun istimewa.. Ibu tidak mahu kehilangan Aimy.. Ibu sanggup!.. biar banyak dugaan dan cabaran dalam membesarkanmu nak... Ibu tetap akan menjaga adik.. Hingga akhir hayat ibu. Ibu tak mampu kalau kehilanganmu dik.. Ibu sayang Aimy!! Moga Allah panjangkan umur kita dik.. dan permudahkan kita nenjalani kehidupan di bawah keberkatanNya.. Aminn
Published with Blogger-droid v2.0.1

Sabtu, 12 November 2011

Hidung

Sebaik aku usai solat asar di surau pejabat Khamis lepas, panggilan Mrs Sunny principal Aimy memberi aku tanda tanya. Cepat-cepat aku jawab. Mrs Sunny tanya "Puan.. Hidung Aimy keluar darah tadi. Dia pernah jadi begini atau tidak ya?" Memang Aimy pernah berdarah hidung tiba-tiba. Dah 3 kali aku rasa. Kemudian dia tanya lagi, "selalu lama tak puan? yang ni tadi kejap saja.. Mungkin panas dalam. Kami dah letak ais tadi." Memang dah 3 kali jadi sebelum ni dan sekejap jer keluar darah. Tapi dia mengalir tu pekat la.. Seriau gak tengok..huhu.

Lega Mrs Sunny bila aku berkata begitu. Oklah tak ada apa kut, aku pun kembali ke workstation aku dan sambung kerja yang menimbun. Jam 6.15 aku baru beransur dari pejabat. Sesampai di daycare, Aimy tengah tidur. Bila mereka menyerahkan Aimy pada ku, aku lihat hidungnya masih berdarah. Alahai suspen pula aku tengok. Dia pun tidak ceria sangat seperti biasa. Dalam kereta merengek, mengantuk agaknya. Lagi kuat Aimy menangis bila dirinya terhantuk ke palang car seat. Nasib la span tebal. Ikutkan tak sakit tapi dia tengah tak ok tu, buat dia bertambah kuat menangis huhu. Laju aku bawa nak cepat sampai rumah dan bawa Aimy ke klinik. Sampai rumah dia diam. Tapi darah dah terkena dahi, pipi dan pahanya. Terus aku mandikan sambil bersihkan hidungnya.

Usai mandi dan berbaju, darah keluar lagi.. Aduss memang pelik. Selalu tak berlarutan begini. Sebaik cik abang sampai, dengan kami yang belum mandi solat maghrib dahulu sebelum ke klinik.

Doktor klinik pun pelik. Kalau panas demam, sekejap jer darah keluar. Ni dia cek suhu tak demam pun. Katanya kena bawa ke hospital jer la. Dia buatkan refer letter. Kami call DEMC.. Jam dah pukul 8. Jadi specialist dah tak terima orang. Disuruh ke emergency. Tak nak kami, risau jadi banyak masalah GL dan prosedur macam dulu. Sudahnya kami buat appoinment untuk esok siang jer. Dapat tengahari. Tawakal jer malam tu agar hidungnya berhenti berdarah. Kami stopkan spray hidung seperti arahan doktor dan tuam dengan ais sahaja.

Tapi pagi jumaat masih ada saki baki darah. Tapi hingusnya keluar semula. Aku kena ke pejabat, selain cuti dah nazak, banyak yang perlu aku siapkan. Kebetulan mak aku datang hari rabu malam khamis, lega sikit nak tinggalkan Aimy di rumah. Kalau tidak, aku terpaksa juga hantar dia ke sekolahnya.

Alhamdulillah cik abang dapat GL jam 11pagi. Jam 12 aku minta kebenaran boss ke hospital dan masuk semula lambat sedikit. Nasib juga ada pelajar praktikal yang boleh membantu sedikit kerja yang aku rasa dia boleh buat tanpa perlu diajar banyak. Lega sikit dari serba salah.

Beriya cik abang ajak pergi 12.30pm.. Tapi seperti yang ku jangka, lunch hour klinik pakar tutup. 2.30 baru buka. Patut mereka beri kami appoinment 2.30pm. Maka balik semula kami ke rumah. Sempat makan dan solat sebelum pergi semula. Sedapnya makan masakan mak walau ikan masak kicap hehe.

Ngam 2.30 dah sampai semula di DEMC. Tapi lama juga nak tunggu dapat masuk jumpa doktor. Nasib kami yang pertama diberi masuk sebab ada appoinment. Lama sungguh tak jumpa Dr. Koshy. Anak-anak semua rindu nak jumpa, sibuk mengikut semuanya hehe.

Dr Koshy kata, sepatutnya ubat spray hidung Aimy yang diperolehi dari klinik tu mengurangkan block di dalam hidungnya. Memang ada jangkitan kuman dalam hidungnya, sebab tu hingus yang keluar asyik bewarna hijau dah lebih 3 minggu. Jadi bila infection, salur darah dalam hidung itu membengkak. Bila kita selalu picit dan membuang hingusnya lama-lama salur darah yang membengkak tu pecah. Siap doctor bersihkan hidungnya nak tengok ke dalam. Memang teruk block kata doktor. Kemungkinan nak jadi sinus pun ya. Tambah Aimy ada history Asthma. Dia juga special, kalau dulu masa kecil ketara merah dari tengah dahi ke atas hidung. Doktor kata mungkin salur darah dia nipis di bawah kulit dan sensitif. Jadi doktor berikan 2 jenis spray hidung di samping ubat selsema, antibiotik dan ubat tahan alahan. Satu spray untuk menghilangkan block dalam hidung. Satu lagi untuk mengelakkannya selsema di waktu pagi. Lega sangat bila tiada yang serius perlu dirisaukan. Darahnya pun dah berhenti keluar masa kami balik tengahari tu.

Selepas hantar anak-anak ke rumah. Siapkan susu dan ubat Aimy. Kami terus kembali ke pejabat.

Alhamdulillah syukur.. ;-)
Published with Blogger-droid v2.0.1

Sabtu, 5 November 2011

Dah Turun?



Aku tengah menanggalkan sarung bantal dan cadar sebaik Aimy bangun. Nak kena basuh sebelum ke rumah mertua untuk beraya.

Dalam aku tak sedar, Aimy turun tangga!! Aku sedar, bila terdengar suara cik abang menegurnya. Tapi kenapa tak nampak kelibat cik abang ni? Aku keluar bilik. Aku lihat Aimy dah duduk di anak tangga ke 7 dari bawah! Wah dah pandai turun tangga rupanya. Selama ini dia tahu naik jer, turun dia takut. Huhu kena lebih diperhatikan nampak gayanya. Pandai pula tu turun dengan menurunkan kaki ke belakang dan duduk hihi comel jer.

Syukur Alhamdulillah atas perkembangan ini.. KAU yang Maha Mengetahui ya Allah.. :-D
Published with Blogger-droid v2.0.1

Catatan Popular