Memaparkan catatan dengan label Anak-anak dan Rumahtangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak-anak dan Rumahtangga. Papar semua catatan

Sabtu, 20 November 2010

Ujian Audio @ HUKM

11.11.2010

Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nangis ketakutan.. Cik Bee Ying tak jadi cek.. Setiap kali dia nak cek Aimy nangis dia tak jadi cek.(Kalau aku, cek jer laa... pegang kepala dan cek.. nak tunggu budak tak nangis jenuh lerr...huhu). Last dia kata, makan ubat tidur dulu la baru cek kat sini. Keluar bilik semula.

Lamaaaa tunggu.. dah 9.30-9.40 baru aimy diberi ubat tidur. Tudiaaaaa!! lebih 10ml nak kena kasi...cian Aimy.. tak salah 13ml kut kena kasi. Tapi baru masuk 3ml Aimy dah muntah... Aduhai, abis baju Aimy dan cik abang juga lantai.. Gi laks bersihkan di sinki terdekat. Biarkan Aimy tak berbaju sekejap sementara cik abang bersihkan baju dia sendiri. Aimy dah diam dari menangis. Kemudian sambung semula sesi makan ubat tidur.... memang makan masa nak habiskan... Tapi akhirnya...ALhamdulillah selesai.. Terus pakaikan baju lain pula untuk Aimy. Baju tadi dah basah kena muntah.

Tapi punya lama kami menunggu Aimy nak tidur.. dia dah mengantuk sangat pun dia macam tahan-tahan.. Mata yang bulat besar dah jadi separuh.. tetap dia aktif.. tapi dah tak diam sesangat dah.. memang dia lawan. Bila tengok budak dan baby lain boleh tidur selepas 5-10 minit makan ubat aku jelesssss hahahha. Bukan apa, sebab penat pegang dan jaga dia yang berputar melawan mengantuk huhu. Didodoi, ditepuk tak juga tidur.. Setelah 1.5 jam.. staff situ melihat Aimy tak tidur lagi mereka buat keputusan nak tambah dos.. huhu. Sementara menunggu depa amik dos lain, aku sambung mendodoi aimy sambil berjalan.. Dalam 5 minit akhirnya tertidur juga.. syukur Alhamdulillah... Terus kami masuk ke Kabin Ujian Audio.

Jam menunjukkan 11.07 masa kami masuk ke kabin ujian pendengaran/audio tersebut. Sediakan botol susu, takut dia menggelisah terjaga.. leh sumbat jer botol..hehe. Staff Audio pasangkan segala wayar... dilap dulu dengan alcohol swap..pastu disapu pulak ntah krim apa.. kemudian diletak pula gel ke apa ntah pada alat yang nak dilekat di bahagian muka dan belakang telinga.

Aimy memang kadang macam tersedar mengigau.. cepat-cepat kami bagi susu.. tenang balik dia.. Pemeriksaan dijalankan dengan lancar. Ada 2 jenis pemeriksaan. Satu melihat gelombang saraf pendengaran telinga kanan dan kiri, dan satu lagi apa ntah hehe lupa pula. Kami diberitahu bila ada gelombang pada graf, menunjukkan dia mendengar dengan baik. Kalau garisan lurus.. maknanya dia tidak boleh mendengar. Apa pun, syukur Alhamdulillah semua graf turun naik dengan cantik.. syukurr...

Sebaik sahaja habis di kabin.. wayar semua ditanggalkan.. kebetulan aimy terjaga. Ya Allah, nasib laa sempat.. kalau tidak.. jenuh nak datang lagi untuk perkara yang sama.. Tu pun cepat-cepat audiologist tu suruh pergi ke bilik Cik Bee Ying untuk pemeriksaan seterusnya sebelum Aimy sedar betul-betul. Tapi aku rasa cam dah terlambat jer.. dia dah segar beb!! Ya Allah tak sampai 15 minit kut ubat tu bertahan dengan Aimy hahaha..

















Masuk bilik Cik Bee Ying, Aimy senyap jer.. Dia tengok Cik Bee Ying nak cek.. tapi dia tak nangis dah cam tadi... dia senyap kat bahu aku. Maka mudahlah telinganya diperiksa dengan alat macam kanta tu. Kemudian dimasukkan pula dengan ala ear phone untuk diperiksa gegendang telinganya. Selesai semua.. Cik Bee Ying menerangkan hasil graf di Kabin Audio tadi dan juga menerangkan apa yang dia buat sebentar tadi. Dia kata pendengaran Aimy 20 (tak tau ukuran nyer haha)jadi ia adalah pendengaran yang normal.. SYUKURRR ALHAMDULILLAH... Allah saja yang tahu betapa berdebarnya hati aku menunggu kenyataan ini.. syukurr...syukurrr sangat.. Kata Cik Bee Ying, dah tiada appoinment dengan dia. Tapi kalau sekiranya kami melihat ada masalah dia tak respon atau telinganya berair atau apa saja berkaitan telinganya, kami diminta datang terus kepada dia. Syukurrr Alhamdulillah...harapnya kami tak perlu lagi ke situ memabwa Aimy.. Aminn..

Kali ni sesi tak perlu dibayar kerana Aimy dah punya kad OKU. Jadi perkhidmatan yang diberikan adalah percuma.




Bercakap pasal kad ini, aku sebenarnya bercampur perasaan melihatnya.

Lega - 1 perkara yang kami disyor melakukan telah selesai. Sekurangnya kami tak perlu menyediakan duit untuk setiap sesi rawatan dan latihan. Walau bayarannya murah sahaja, tapi kalau dah kerap... banyak juga jadinya walau ianya tidak membebankan.. Sekurangnya, duit tersebut boleh kami gunakan untuk keperluan-keperluan lain.. Alhamdulillah.

Sedih - Siapa yang nak menjadi kurang upaya kan? Bila ada kad ni, macam terus ia disahkan...diiktiraf sebagai OKU... huhu.. Rasanya awalnya cik abang biarkan tak mahu buat sebab inilah.. kami sebolehnya nak anggap dia sebagai anak normal yang hanya sedikit lambat perkembangan dan akan terus membesar dengan sihat tanpa ada masalah. Tapi bak kata Dr Koshy, kami perlu terima kenyataan yang Aimy adalah anak kurang upaya yang memerlukan bantuan dan sokongan kami dan pihak lain dalam membesarkan dia. Walau apa pun keputusan dan hasil ujian serta pemeriksaan darah, kromosom dan sebagainya dilakukan, tetap tak dapat mengubah kenyataan itu. Cuma apa yang boleh mengubah adalah usaha kita untuk masa hadapan dia. Ujian dan pemeriksaan itu hanya membantu kita memperjelaskan apa sokongan yang paling tepat harus kita berikan pada Aimy. Redha.

Runsing - tetiba kami rasakan kami kurang maklumat yang sepatutnya untuk memastikan 'masalah pembelajaran' yang ditulis di kad OKU itu tidak berterusan hingga Aimy besar. Apa lagi harus kami buat? Ke mana lagi harus kami bawa Aimy? Perlukan semua dilakukan serentak atau satu persatu?? Dengan kesibukan kerja dan rumahtangga, rasa macam tak sempat nak mencari semua itu.. huhu.

Apa pun, doa kami.. agar Aimy Sufia dapat membesar dengan sihat dan sempurna, menjadi anak solehah yang membanggakan kami dan diberi Allah kemudahan dalam apa jua aspek kehidupannya. Aminnn...

Isnin, 19 April 2010

Allah Maha Mengetahui I...

Tetiba aku tak tau nak menaip apa.. terlalu banyak di kepala.. terlalu banyak cerita hingga tak tahu yang mana satu harus diabadikan di sini atau dilupakan saja. Kadang macam nak meletup pun ada, terutama minggu lepas.. Dengan anak kat hospital, dengan kerja yang tidak pernah surut dan hanya ada aku dan aku dalam department aku, dengan boss yang sekarang hanya diam memerhati gerak geri aku (tak sabar nak lihat cacatannya dalam appraisal nanti haha), dengan bibik lari, dengan anak-anak yang kadang serentak tak sihat dan perlukan perhatian, dengan contact sana sini hal nursery, hal polis dan imigresen, van tadika... macam-macam hal.. serabut betul kepala aku, runsing.. memang rasa nak meletop!! hahahha. Rasa nak hentak apa yang boleh dihentak dan menjerit sekuat hati. Tapi itu tidak berlaku.. hmmm HANYA ALLAH YANG TAHU.

Adus aku tak mampu.. aku tidur laa dulu. Dah tak tahan.

Sambung semula.. haha

Isnin tempohari di DEMC bilik 302. Menunggu saat nak pulang. Jam 9 dah boleh balik kata doktor, selepas Aimy dijep ubat antibiotik. Huh 8 hari 7 malam di hospital.. sungguh lama kurasakan. 2 malam cik abang jaga, 5 malam aku pula. Dengan ubat pelbagai jenis, termasuk juga Flu Halt/Tanming Flu utk H1N1 (walau ujian negatif, tapi dah start amik, kena habiskan selama 5 hari tak salah), ubatan untuk asthma, antibiotik yang 2 kali tukar (3 jenis). Sungguh kesian pada Aimy. Terutama bila line di tangan menyakitinya.. membuatkan ia selalu mengamok. Bila diperiksa nurse kata ok takde apa dan tidak bengkak. Tapi lewat petang jumaat, doktor suruh buka sebab dah bengkak dan mungkin itu yang menyebabkan ia demam semula. Oleh kerana line telah dibuka, maka aimy terpaksa laa merelakan punggungnya dicucuk berkali2. Kasian dia. Ikutkan Aimy dibenarkan keluar, demamnya belum kebah sepenuhnya. Tapi corak grafnya dah stabil dan turun dari 38++C. Doktor pun faham kami tak boleh cuti lama-lama. Tu yang jadinya malam pun leh keluar.. nak habiskan dos antibiotik dan cuti punya pasal haha. Bil pula apalagi mencanak tak hingat laa huhu.. Kena bayar 20% dari bil sebab tak semua insurans company cik abg cover. Tapi asal dapat lepas claim kat opis aku jadi laa.. janganlah tak lepas.. banyak giler tu..huhuhu.. Ni laa payahnya kalau gi hospital yang dah tak jadi panel pejabat aku..huhu.

Balik rumah.. terasa lain sangat. Dengan rumah yang berkecah.. dengan sedikit panas (maklumlah dah berapa lama dok dalam aircond manjang hahaha). Yang pasti terasa sedikit bercampur aduk perasaan. Cik abang pula masih tak berapa sihat.. Maka memang aku rasa penatnyaa semuanya buat sendiri huhu. Awal dah terlelap dek keletihan.

Cik abg terlupa keluarkan car seat. Nasib laa kebetulan Alesha tidak dibenarkan oleh nursery untuk ke Tadika dek ada kes H1N1 di Tadika Al Husni minggu sebelum. Pengetua nursery kata, kalau boleh biar seminggu tak dedahkan diri di sana. Kami ni tak tahu pengetua nursery dah buat peraturan baru, Isnin tu hantar Alesha gi Tadika dan tengahari Alesha balik ke Nursery, dah tadika Alesha kata tak perlu datang Jumaat jer. Isnin dah boleh datang. Tapi untuk kebaikan kanak-kanak lain di nursery.. kami akur perintah nursery. Tiada hal punya.. Demi keselamatan anak juga. Jadi dalam kelam kabut, Alesha laa yang jaga Aimy di kerusi sebelah aku dalam kereta. Nasiblah tak sempat tukar gear dah sampai huhu. Aimy punya melalak dalam kereta dek gayat.. Diam terus bila diangkat. Tapi bila diserah pada Cikgu Nursery.. dia memula senyum, kemudian mencebek terus meraung tak hingat.. Menangis bersungguh-sungguh. Aduhaii tak sampainya hati.. sedih pula. Tawakal sajalah.

Balik kerja, Aimy dah diambil ayahnya dari nursery. Tidur jer dia, macam lesu, longlai dan tak aktif.. memang tidur jer.. letih benar. Mana taknya, kata cikgunya menangis seharian.. Buatlah apa saja..didukung sepanjang masa pun TETAP MENANGIS SEKUAT HATI!!.. Non Stop dia nangis.. sampai petang.. Aku tak sure dia makan ke idak atau minum susu ke idak. Takut depa cuba bagi dia tanak dan terbuang begitu saja. 2 hari Aimy begitu.. aduhai kesiannya.. Malam hari ke 2 ke nursery (Rabu malam Khamis).. demam Aimy kembali tinggi.. Aduhai... Bila minum susu, tak sempat 2 minit dah muntah berlambak-lambak dikala tengah tidur nyenyak.. Malam tu saja 5 kali dia muntah.. sampai lembik. Dah laa dia nak berak menangis-nangis - sembelit kembali. Kami tak sempat mencari pisang untuk Aimy. Aduhai ciannya anak ibu.. Paling kesian tengok dia muntah. Sebaik kami bersihkan dia, tukar baju.. dia longlai.. terus terpejam mata kepenatan.. Tidur. Risaunya hati.. tambah bila melihat muntahnya dah macam orang mengandung, air kuning pekat keluar sebanyak-banyaknya. Mungkin perut dia kosong dek tak nak makan minum dan asyik menangis. Bibir pula merah tanda panas badan.. dan agak kering. Aduhaii.. Tuhan saja yang mengetahui hati ini. Berjaga sampai 3.30 pagi aku memantau suhunya. Setiap 10 minit cek suhu.. asyik turun naik. Dah jam 3 baru agak stabil. Alhamdulillah. Baru lega sedikit aku nak tidur.

Pagi suhu Aimy naik semula... 38+C. Aduhai.. terus bagi ubat demam. Mandikan. Siap dia dah terberak entah bila kami tak perasan. Aduhai cian adik.. Dah siap mandi.. minum ubat dan susu. Suhu dia tak bergerak turun sangat.. Ku basahkan saja dia sesambil bersiap ke pejabat. Tak sampai hati, tapi apa kan daya aku.. Aku perlu kerja untuk anak-anakku. Tawakal saja hantar ke nursery. Alesha masih meneman Aimy di dalam kereta tetiap pagi. Adani saja yang ke tadika dengan ayahnya. Dah bebetul jadi anak manja ayah Adani sekarang. Kakaknya dah tak dah, dia lak yang ambil alih hehe. Semua nak ayah.. kekeke.

Tengahari call nursery, alhamdulillah Aimy dah kurang menangis. Dah mahu tidur dan menyusu di nursery. Suhu pun dah turun 37+. Suhu dedar tu biasa untuk dia. Syukur alhamdulillah.. Harap makin sihat dan terus sihat ya dik.. Tapi aimy mula mudah berak. Hinggakan terllau cair macam ceret pula. Meleleh-leleh sampai ke lantai.. Kelam kabut kami nak mengelap...huhu. Kemudian ada lagi aimy muntah.. mengelap lagi.. Tukar baju lagi.. risau tul, apa kena asyik muntah dan ceret jer pulak ni?? Aduhaii....

Entah jam berapa dinihari, Adani batuk.. terus termuntah atas katil bersambung ke bilik air. Dia punya busuk loya tak terkata aku.. rasa aku yang nak muntah pula...kekkee. Adani ni tak boleh sakit sikit. kemudian suka batuk malam-malam. Bila batuk.. habislah susu yang baru dia minum akan dikeluarkan.

Subuh jumaat cik abg teruk benar kena ceret beret. Entah apa silap dimakan WaAllahualam.. sama ada makanan kat pejabat dia atau dinner kami malam tu. Tapi aku ok laks.. hmm entah laa. Akhirnya dia bergegas ke klinik selepas menghantar Adani ke tadika. Aku tunggu di rumah bersama Alesha dan Aimy, dah cik abang suruh tunggu. Semua kelengkapan nursery dah siap. Cik abang pula kejap nak suruh hantar aimy ke nursery kejap tak mahu, kejap kesian, kejap suruh hantar takut tak terlarat nanti.. sudahnya aku dah nak hantar.. tak payah pula katanya. Bengang sungguh aku, sebab beriya aku nunggu dia tadi.. sudahnya kejap itu kejap ini ... Lambat aku ke pejabat. Dah laa membersihkan kain-kain kena muntah lagi. Tak tahan betul aku baunya yang meloyakan.

Tengahari aku beli lauk dan balik ke rumah. Cek suhu Aimy dah turun dari 38++ walau masih dedar. Adani pula dah mencanak naik 39.7C.. aduhai dah semuanya demam termasuk cik abang aku. BAru nak baik dah jadi balik.. penatnyaaa...Alesha dan aku jer yang alhamdulillah ok setakat ini.. walau dah ada bunga-bunga demam selsema. Cik abang tak lalu pula nak makan nasi.. alahai. Aimy pula makan nestum ok jer pula. Paksa Adani makan ubat dan bagi air zam-zam. Nak ke pejabat semula pula jadi serba salah pula. Pesan kat Alesha, Alesha kena jaga ayah, adani dan aimy.. sebab alesha jer yang sihat.. Terus alesha jawab "Alaaa ramainya nak jaga.. penatlah ibu..." hahaha.

Alhamdulillah suhu aimy terusan ok..walau kadang masih dedar. Lega sikit rasa hati.. syukurr.. Balik lewat dari pejabat dek kerja yang bertimbun. Adani pun sama. Terus sihat!.SYUKUR!! Cik abg pun dah nampak ok banyak.. Hmm entah berapa kali demam berulanag cik abang dan adani serta Aimy pun aku tak tahu.. Pelik aku, terutama part cik abang..

Dalam tak sihat tu, pagi sabtu tadi nak jejugak cik abg ke pejabat ada AGM Kelab Kakitangan mereka. Tugasan biasa, mengambil gambar. Aku tak berhenti membasuh kain dan pinggan dari malam. Terutama segala yang kena muntah yang perlu dibersihkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Lega bila lihat dapur dan kain clear.. Tinggal yang nak berlipat jer dah masuk 2.5 bakul besarrrrrrrrrrrr punya!!! haha

Petang tadi selepas cik abang balik pejabat, kami bertolak ke Kajang pula. Nak melihat baby baru - anak kakakku Amirul Nur Adam. Mak pun ada di sana. Maka asyik makan dan borak jer kami hehe. Aimy pun sejak semalam - Jumaat, baik jer dia.. senyum jer dia.. dan mula aktif bergolek semula.. dan asyik tersenyum dan tersenyum. Harapnya adik mudah nak sihat dan berkekalan sihat.. Aminn


Hmm nantikan entri pasal maid aku.. dah ngantuk sangat ni.. Nanti laa sambung di entri lain ;}

Khamis, 18 Mac 2010

Anak-anak dan cerita semalam...






KAdang di sini, aku terlalu bercerita perihal Aimy. Tapi bukan bermakna aku lupa pada anak-anak yang lain. Malah segala perilaku, perkembangan dan perkara yang berlaku terhadap mereka.. berlegar di setiap penjuru benakku.

Adani sekarang makin bijak menyusun bicara, makin pandai mewarna dan mengira. Malah pandai juga membaca yang basic-basic. Bukan mengeja, tapi membaca dengan cara phonics dan mengingat words by words. Entahlah, cara orang sekarang begitu gamaknya. Apa pun, perangai merajuknya makin kuat. Tambah kalau ayahnya tak melayan.. muncung boleh disangkut hanger..! hahaha. Tapi kadang sesuatu yang memeranjatkan juga datang dari Adani ni. Dia kadang-kadang memang suka beri kejutan spontan yang kami tak sangka, terutama tentang nilai yang ada pada dirinya. Sampaikan kakaknya pun memujinya haha. Tapi Adani ni kadang dia tak bersungguh, agak malu dan malas sedikit. Iqranya pun lama nak bergerak helaian haha. Padahal bukan dia tak boleh, tapi dia tak fokus. Bila disuruh baca, merawang fikirannya dan matanya haha.

Alesha pula, semakin panjang akal. Semakin lasak, sampai kurus kering dibuatnya sedangkan makan dah berselera sekarang. Sudah tahu citarasa sendiri. Suka mencuba sesuatu yang baru. Tidak takut untuk mencuba. Tetapi adakala, menduga iman dan kesabaran kita. Kalau dulu dibulinya bibik, sekarang dah ok dan pandai hormat bibik. Dalam lasak dan akal panjang, mendengar juga kata walau sesekali dilanggarnya juga hehe. MAkin rajin membaca buku cerita. Makin rajin membuat hal sendiri. Cuma ku risau, mathematiknya nampak lemah pula jika berbanding sebelum-sebelum ini. Akibat banyak main dan menonton tv la ni, ditambah pula dengan guru tadikanya yang kurang bersungguh.. hmmm. Sampaikan buku kerja dan latihan murid pun dah lama tak bertanda.. huhu.

Pendaftaran sekolah rendah Alesha dah dibuat bulan April tahun lepas. Tapi dengar khabarnya tahun ini, pendaftaran online telah bermula. Aku jadi keliru, perlukah aku mendaftar juga di talian? Kemudian dengarnya ujian kemasukan ke sekolah integrasi seksyen 19 akan berlangsung bulan julai kelak. Hmm boleh ke lulus? Hendak bersekolah di sanakah dia?

Rabu minggu lepas, cik abang ajak berbuka puasa sebelum balik ke rumah. Selepas waktu pejabat, terus kami dating di sebelah pejabat aku hehe. Bagai zaman bercinta laa pula hehe.. Dah lama tak dating romantik-romantik haha. Sebelum ke kedai makan, singgah sana sini window shopping. Cik abg nak belikan baju tidur, tapi takde pula yang berkenan. Kalau ada pula, melampau pula harganya hahaha. Maka tiada apa yang singgah di tangan. Makan jer lah...kekeke. Benarnya banyak kejadian romantik sejak dua menjak ni. Entah kenapa hahaha.. Apa pun syukur Alhamdulillah Allah kurniakan mawaddah dalam rumahtangga ini... syukran...syukran...

Jumaat, 25 Disember 2009

again.. SYUKUR ALHAMDULILLAH...!!

Pagi tadi dalam jam 10++ gitu, kak ina call.. dia cakap "Ada good news tika!" hehe. Alhamdulillah memang good news.. Tak perlu aku risau dah bab hal yg satu ni. Maid aku katanya akan bertolak esok naik trapel ke Jeti Tanjung Balai, Medan. Biasanya trapel tersebut mengambil mereka di Kg Dendang... dan akan bermalam di mana-mana sebelum naik feri di Tg Balai. Ia merupakan 1 pakej laa, kenderaan trapel dan feri. Dijangka akan bertolak pagi Sabtu dan sampai petangnya dalam jam 4 ptg insyaAllah. Syukur alhamdulillah urusan maidku ini dipercepatkan dan dimudahkan ALLAH SWT... syukurr sangat.

Apa pun harapnya, maid itu mudah berkomunikasi, rajin bekerja, penyayang dengan anak-anak, dan menyenangkan sesama kami semua. Semoga Allah makbulkan juga hasrat ini.. kerasa kerisauan ku pada anak kecilku lebih dari segalanya. Kemudian aku risau juga dengan anak sulungku yang agak aktif dan panjang akal... Takut ada yang tak tahan dengan dirinya.. hmmm... Ayahku membalas sms ku dengan menasihati hal Alesha ni.. hmm nampaknya bukan aku saja risaukan Alesha.. Harap anak ibu, Alesha Sufia semakin behave, berakhlak mulia dan tahu membawa diri selain dari bijak pandai dan sihat walafiat.. Begitu juga dengan Adani dan Aimy... aminnn

Ni esok, tak sabar nak keluar cari zip dan kain tudung uniform alesha yang dah rosak dan hilang. Esok juga nak survey katil, almari utk maid dan aimy. Esok juga nak kemas bilik bawah untuk maid. Harapnya semua berjalan lancar.

Sebelum tengahari, abang posmen lalu dan menyerahkan aku sekeping surat. "haa ni mesti dapat RM15,000 ni ...haha. Aku cakap kat dia, kalau betul...saya belanja abang hahhaha. Ku lihat surat bersampulkan LHDN.. nampak dari tingkap sampul.. memang macam voucher cheque.. Kalau betul alhamdulillah.. Usai buka, kegembiraan tak terhingga aku... Syukurrrr Alhamdulillah... doa aku dimakbulkan Allah.. at least ada sedikit rezeki untuk ku topup mana yang berlubang untuk perbelanjaan yang begitu banyak di hujung tahun ini.. Dapat sket jer pun pulangan semula wang incometax aku... tapi tu pun dah cukup bersyukurrr...syukurrr...alhamdulillah.

Lagi satu nak cerita.. pagi tadi beriya Aimy angkat badan dan punggung.. tegak jer...sungguh asyik ku lihat. Sebelum ni ada dia angkat-angkat punggung.. Tapi beru 2-3 kali dia dah takmo buat...Pagi tadi pun 2-3 kali dia try buat.. Cuma belum bergerak jadi merangkak jer lagi, bergolejk ada laa..., hehehe.. HArap anak ibu, Aimy Sufia...dapat terus mengangkat punggung dan sebagainya agar terus cepat berdiri dan sebaginya... aminn

Hari ni baru nampak Aimy cergas sket.. Kalau tak cam kena bius tak habis mamai lagi hehe.

Alamak ibu dah ngantuk laa...huhu...

Khamis, 17 Disember 2009

Aimy @HKL 13-15 Dis 2009






Payahnya sekarang nak meluangkan masa menaip di sini.. Ntah apa disibukkan tak tahu laa.. Bila dah lewat malam baru nak buka notebook. Bila buka, bukan nak terus menulis dah idea banyak melimpah ruah.. Terpergi pula ke web lain hahaha. Merapu meraban ku 'asyik' melayan, ada laks yg ym/fb chat ajak chat.. mula lupa tujuan asal.. haha. Sudahnya mengantuk, tersengguk-sengguk nak mulakan bicara kekekeke. Akhirnya ku tutup saja si merah (notebook aku laa hehe) kekeke..

Nak recall ni, apa nak ku ceritakan dari hari yang berlalu sejak sabtu lepas.. Banyakkk.. seminggu katakan.. tp banyak yg menjadi titik kenangan buatku sekeluarga hmmm..

Jumaat lepas (Cuti Keputeraan Sultan Selangor) bila cik abg bgtau dia nak gi 'belajar menembak' ngan geng photoskol, aku suh jer dia layan kehendak Alesha dan Adani yang sibuk mengajak ayahnya ke Akuatik lagi.. Ayahnya suruh buka kolam plastik kat belakang rumah...merengek tak mahu budak berdua tu...kekeke. Aku suh jer cik abg bawa bebudak tu gi Akuatik.. bior mereka penat swimming... Maka akan awal laa mereka tidur malam ni. Bertenang sedikit aku bila cik abg nak keluar melayan hobinya hehe. Mereka pergi dari kul 3 ptg, nak dkt pukul 6 baru balik..SAKAN!! Kata cik abg, ADANI berani sungguh dgn air.. selamber dia terjun kat tempat dewasa sengan sengaja... macam haritu gak dibuatnya..haritu tak sengaja...ni SENGAJA.. Bila tanya dia, adani tak takut ke? Kenapa buat gitu? Siap dia demo tunjuk apa dia uat...happy sungguh..huhu. Ayahnya yang kelam kabut selamatkan..yg dia tak reti takut..huhu.

Aku yg tinggal dengan Aimy.. lepas makan, aku melipat kain sikit-sikit sambil layan aimy, sambil layan tv dan buku. Tak sempat lagi aku nak membaca buku dan majalah yang aku beli tempohari. Asyik laa dok selak majalah tu, tak khatam pun lagi hehe. Aimy pula asyik merengek nak yak. Sembelit. Kesian sungguh aku tengok. Ku berikan air zam-zam yang ayah doakan khas untuk aimy di depan khabah. Ku titiskan air zam-zam tu ke dalam matanya sambil selawat dan sambil mohon yang terbaik utk aimy. Lama-lama dok melayan aimy, tertidur kami berdua pepetang haha.

12 Dis 2009 : Sabtu pagi, awal cik abg dah tunai janji nak mop dan sapu di tingkat bawah haha. Aimy pula suhu naik 37.5. Cepat kami bagi ubat dan sapukan air di kepalanya. Lepas mandikan aimy, terus kami bawa Aimy ke klinik..hal sembelitnya. Kesian tengok dia merengek berpanjangan menanggung kesakitan dari malam tadi, tak lena tidurnya. Sampai klinik, terus dipanggil. Doktor arahkan pembantunya bagi ubat cecair yang dimasukkan melalui dubur tu. Aku tanya, berapa sepatutnya dimasukkan bila tengok dia masukkan cuma 1/4. Dia kata patutnya setengah.. dah tu???? Aimy masih menangis. Tak keluar pun apa yang ditunggu. Last kami pakaikan balik daipers dan seluar aimy dan amik ubat yang diberi. Alahai begitu mudah mereka melepas begitu saja.. hmm.. Sampai rumah, cik abg bersiap nak gi kenduri pertunangan sepupunya di Bandar Saujana Puchong. Dia pergi bawa Alesha dan Adani. Aku terpaksa tinggal mengenangkan Aimy begitu.. Kesian dia. Lagi pun esok dah nak masuk HKL. Kena kurangkan berjumpa orang ramai. Macam-macam ku cuba untuk mengurangkan 'sakit' aimy. Ku sapukan kunyit di batang hidung aimy utk kurangkan selsema. Ku sapu air zam-zam di kepala dan badannya bagi hilangkan dedar badannya, ku masukkan air zam-zam ke dalam matanya. Aku cuma usaha nak pastikan dia ok untuk ke HKL esok. Petang mereka balik dengan sebemban tipuware makanan yang mak sedaranya bekalkan. Sempat cik abg pergi ambil adikku yang baru sampai dari Kedah di stesyen bas Seksyen 17. Malam tu memang makan sedap kami tanpa masak dan beli hahaha. Syukur rezeki Allah.

Malam, aku ralit melipat kain sesambil mengemas. Packing apa patut nak bawa ke HKL dan untuk anak-anak bawa ke rumah BIL dan MIL aku. Sempat juga aku terkhayal dengan internet dan tv. Membuatkan kerja aku drag sampai 5 pagi wakakkaaka. Bila movie Dejavu kat TV3 habis jer, baru laju aku packing kekekkee. Dah lengkap semua, baru naik atas ambil pula mana yang rasa diperlukan lagi dan letak di tempat yang aku boleh ingat untuk dimasukkan ke dalam bag esok pagi.

13 Dis 2009 : Pagi ahad menjelma, kelam kabut aku bersiap dan paksa anak-anak mandi. Aimy pun mandi awal pagi ahad tu. Siap semua, dalam 8.15 juga baru keluar rumah. Bagi lagi ubat demam pada aimy, walau suhu dia tak tinggi..tapi dedar laa. Kadang aimy ni memang gitu.. tu pelik.. hmm. Sampai di HKL dalam 8.45pagi. Cik abg turunkan aku dan aimy depan emergency, mereka cari parking. Aku blur memula, masuk ke dalam emergency.. mana nak tanya dan di mana tempat kemasukan wad. Sebab dulu nurse yang dkt Klinik Pakar Mata suruh masuk kat emergency. Sekali patah balik ke depan emergency, tanya kat brother2 tu. Mereka tunjukkan arah. Bab tunjukkan arah, Alhamdulillah sangat.. staf HKL memang ramah bab tu..hehe. Masuk jer ke dalam bilik kemasukan wad, tiada siapa ada.. aku orang pertama agaknya. Tak perlu ambil nombor, terus pakcik kaunter tu minta surat yang aku bawa. Tak lama cik abg dan anak-anak sampai. Pakcik kaunter minta pula IC. Aku baru teringat tentang GL yang aku bawa.. terus kuberikan pada pakcik itu. Selesai semua, dia berikan aku beberapa helaian dokumen.. disuruhnya aku naik ke Wad 17, Tingkat 4..

Aku blur mana nak tuju. Cik abg pergi tanya dulu. Kemudian terus kami tuju ke tempat yang ditunjukkan. Sampai saja di Wad 17 - Wad Mata.. tiada siapa ada di kaunter hadapan. Kami nak cari loceng kut ada utk memanggil sesiapa.. TIADA. Last cik abg masuk ke dalam, sebab nampak ada meja nurse tetengah dalam sana. Kemudian baru ada seorang nurse datang melayan kami. Suruh isi borang, timbang Aimy dan disuruh kami pilih katil. Cik abg yang gi memilih. Dia patah balik, dia kata nak katil no 34. So dah selesai kat kaunter depan.. Terus kami menuju ke katil 34. Alhamdulillah pandai cik abg pilih, tepi sekali dan ruangnya besar sedikit. Ward yang tiada tirai langsung! huhu.. Apa buat, semua orang leh perhatikan.. Aku musykil juga, sebab bila aku bawa GL.. aku layah utk 1st class ward. Tapi di hantar ke sini, ku lihat di tag katil pesakit lain...menyatakan 3rd Class. Hmm tak kisah laa.. tak fikir dah pasal tu.. asal aimy cepat baik jer..

Takde apa yang berlaku dari kami masuk wad dari jam 9.15 sampai laa ke petang. Ada lasgi seorang budak baru masuk pd jam 12. Riuh rendah mereka sekeluarga.. pasang radio/mp3 pula sekuatnya.. Alahai aimy mula resah tak boleh tidur. Cik abg pula, sebaik selesai ambil barang-barang kami dari kereta..dia terus menghantar anak-anak ke rumah adiknya. Budak-budak tak boleh berada di wad terlalu lama.. waktu melawat sahaja jam 4 petang nanti.

Dalam pukul 3 tak salah, aimy dipanggil untuk doktor cek matanya. Kemudian dalam pukul 4, dipanggil lagi bila doktor bius nak berjumpa pesakit yang akan dibedah esok hari. Doktor bius itu agak muda juga, lelaki berbangsa cina.. fasih berbahasa melayu. Baik dan lembut orangnya. Dia tanya kesihatan aimy.. aku terus terang saja.. Dia cek demam aimy tiada, tapi dia pun perasan ada selsema. Dia cek paru-paru.. ok katanya. Mungkin takde apa-apa kalau kita proceed katanya. Cuma bila aku sebut dia ada asthma.. dia tanya ada ambil ubat apa.. Semua ku beritahu termasuk ubat selsema yang diambilnya. Dia kata boleh teruskan ubat tu. Tak bahaya untuk operation. Yang penting inhaler perlu kembali ke 4 jam sekali katanya. Pesakit yang ada asthma, ada risiko sedikit semasa pembedahan. Katanya, kalau ada complication..kita akan hantar ke ICU. Tapi biasanya ok katanya.. adus suspen laks dia ckp begitu. Tapi muka confident doktor, beri keyakinan kepadaku. Dia bagitau, aimy mungkin akan dibedah pada jam 10-11 pagi esok. Aimy dikehendaki berpuasa selepas jam 2 pagi untuk susu/makan. Manakala air masak boleh diberi hingga jam 6 pagi. Alahai bab puasa ni aku risau, aimy kalau tak dapat susu melalak tak hingat. Hmm macam mana laa nanti.

Aku lihat selsema aimy cam makin banyak laa huhu. Memang tepat masanya kuberikan ubat. Dinihari Aimy batuk pula.. alamak..ni yang risau. Aimy kurang nak minum malam tu.. ngantuk jer dia. Dia last habiskan susu dalam pukul 1 lebih.. Aku ni nak paksa laa dia minum susu pukul 2 pagi tu.. Tapi memandangkan dia baru jer habiskan ... dia takmo..jenuh aku paksa sampai jam menunjukkan 2.45 pg. Alahai risau, takut dia lapar sangat nanti mengamok tak hingat. Sekali dah kul 3, dia minum 1-2 oz.. Pastu takmo dah.. sambung tido sampai pagi.

14 Dis 2009 : Isnin pagi kul 7 dia bangun, aku bagi air zam-zam jer laa. Susu tak boleh dah.. cian dia. Nasib tak ngamok.. Good girl anak ibu. Tapi dia tak minum sangat...ada laa 1 oz jer kut atau kurang. Pukul 9, aku mandikan dia.. takut kang cepat pula dipanggil ke OT. Sebaik lepas mandi, aku tengah nak pakaikan baju Aimy.. nurse bagitahu suruh bersedia untuk ke OT.. Wah kelam kabut aku, dah laa aku tak mandi lagi. Cepat-cepat aku siapkan aimy.. dah ready, terus tunggu di depan meja nurse. Masa tu dah pukul 9.45pagi. Aku call cik abg yg ada di rumah mak dia.. bgtahu dah nak masuk OT. Dia pula menunggu maknya balik dari klinik kesihatan - cek darah.

Nurse yang memanggil tadi, terus membawaku ke ting 3 ...Unit A**** (ada bunyi anasthesia lbh kurang haha) aku lupa namanya haha. Tapi memang untuk pembedahan laa.. Semua jenis pembedahan. Dalam perjalanan ke tingkat 3, baru nurse tu tanya.. akak tak bawa handbag/purse ke? Tinggal kat mana? Aku cakap laa kat dlm drawer tepi katil. Dah tak cakap awal, mana laa aku tau. Dah terbiasa kat swasta aku tinggal jer. Dah suspen laks bila dia kata takut hilang, tapi aku nak patah balik dia tak bagi. Tawakal jer laa.. hmmm apa laa nurse ni..

Sampai di UNit A******* tadi dalam 9.50 pagi... terus nurse tu tunjukkan bilik persalinan, dia suruh aku sarungkan baju untuk masuk ke OT. Dia ambil Aimy dariku. Dah pakai jubah OT dan sarung pala, aku masuk ke dalam ruang pertukaran bersama nurse tadi selepas aku dukung semula Aimy. Nurse dari dlm suruh aku baringkan aimy di katil OT sementara dia cek segala dokumen yang perlu dan sign yang aku turunkan petang semalam. Kiranya di ruang ini, kiri kanan ada pintu.. Ini agaknya untuk memastikan kebersihan kawasan gamaknya.. Lepas selesai, nurse OT tu bawak kami masuk ke waiting bay. Katanya, tunggu sampai dipanggil. Diambilnya aku satu kerusi, dan suruh duduk di tepi katil OT. Masalahnya Aimy takmo baring. Dibaringkan dia nangis. Lapar agaknya.. Jadi terpaksalah aku dukung.. Senyap jer Aimy, peluk jer aku.. Dia faham agaknya nak kena operate.. Syahdu laks rasa bila gitu. Banyak aku borak dengan Aimy, suruh kuat, suruh sihat, suruh tabah nak hadapi dugaan.. Cian anakku, kecik-kecik dah merasa masuk bilik OT.

Dalam pukul 10 kami masuk OT waiting bay, jam 10.20 kami dipanggil masuk. Aku ikut jer nurse yang memanggil sampai ke dalam OT yang agak kecil. Doktor bius, doktor pakar mata (satu-satunya doktor pakar mata perempuan melayu di HKL) yang aku jumpa dalam bilik Dr Joseph 2 bulan lepas pun ada. Mereka suruh aku baringkan aimy dengan kepalanya diletak elok di mangkuk kepala atas katil OT tersebut. Mangkuk kepala tu menjadikan aimy sedikit mendongak.. DOktor bius mengenakan corong mask GA ke muka Aimy.. Aimy mulanya sesama memegang mask tu. Bila doktor bius yang seorang lagi tanya, dah tak sedar ke? Belum lagi kata doktor bius yang muda tu. Sekali Aimy merengek, sebaik lepas tu terus dia tak sedar. Sayu melihat wajahnya yang tak sedar tu. Doktor suruh cium dan minta aku keluar menunggu di waiting bay tadi. Alahai berdebar pula, ingatkan boleh tengok perjalanan pembedahan..dah dikatakan boleh masuk. Tak boleh rupanya.

Sementara menunggu, sempat ku berborak dengan 2 auntie yang hendak dibedah mata mereka. Seorang india, seorang cina. Keduanya mengalami katarak.. Tepat jam 11, auntie India tu dipanggil masuk. Tinggal aku dengan auntie cina tu.. Borak pasal anak dia. Pastu pasla anak aku. Dia kata, anak you mesti mata cantik.. you mata banyak cantik oo.. Aku gelak, aku kata..mata baby saya lagi besar auntie.. Terbelalak mata auntie yang sepet.. You punya pun sudah besar maa.. haha. Biasalah kalau cina, memang mereka suka tengok orang mata besar hehe. Tengah ralit berborak, dalam 11.15 aku dipanggil oleh seorang nurse. Aku ikut dia, dah dia kunun bawa aku ke tempat Aimy ditempatkan selepas operation. Sekali dia stop kat kaunter dalam kawasan OT tu.. Bercakap pasal ICU dengan yang menjaga kaunter. Ya Allah berderau darah aku.. ICU?? AImy kena ICU ke?? dia tak boleh bernafas ke? Sekali bila dia selesai bercakap, aku tanya.. anak saya di mana? Terus dia terkejut tengok aku di situ, dia kata di sana puan.. Dia tunjukkan. Laa aku ingat dia nak hantar anak aku ke ICU.. cuak aku..huhu.


Aku sampai di kawasan penstabilan (di luar bilik pembedahan), aimy masih tidak sedar. Doktor bius di situ bagitahu aku, Aimy ada complication pernafasan semasa pembedahan dan selepas keluar pembedahan. Masa ni memang aku cuak.. aku tunggu dan lihat dengan tenang sambil senyum memandang doktor yang memberitahu itu. Walau dalam hati berdebarnya usah citer.. Yerlah bila kita tengok anak tercungap-cungap..dan macam-macam bantuan diberikan doktor bius dan para jururawat.. Siapa yang tidak risau. Dr bius yang senior tu namanya Dr Hamidah. Dr Hamidah memberikan aku handphonenya bila aku katakan hp aku kehabisan bateri untuk call husband. Dr Hamidah suruh husband atau sesiapa yang ada di katil Aimy.. bawakan inhaler Aimy dengan segera. Ku lihat tahap oksigen Aimy sekejap turun, sekejap naik.. begitu juga dengan kadar denyutan nadinya.. Tak lama tu aku lihat, mereka kalut nak berikan Aimy neubelizer. Aimy macam dah nak sedar, dia terbatuk.. Neubelizer mereka pula ada yang tak lengkap sebab di situ tiada kelengkapan peralatan neubelizer.. Jadi ada pula yang kreatif sambungkan dengan alatan lain. Tapi gasnya tak begitu masuk sebab Aimy berbaring.. Tegakkan sedikit katil.. Aimy menggelisah dan ngamok sedikit. Akhirnya sedikit saja mungkin neb masuk. Nurse menyuruh aku mendukung Aimy pula. JAdi sesambil aku ribakan dia, nurse berikan neb. Lepas neb, dipamkannya pulmicort inhaler... Nampak macam peratusan oksigen dia meningkat.. tapi tetiba drop balik. Risau doktor bius... Last kata Dr Hamidah, biar saya buat suction laa ... Dia suruh nurse cari tiub halus untuk masuk ke dalam mulut aimy. Sementara tiub tu diperolehi, dia gunakan alat apa ntah, disedutnya apa yang ada dalam mulut dan hidung aimy.. Datang jer nurse bawakan tiub halus.. laju jer dia tukar dan sedut kahak aimy.. Alhamdulillah lepas kahak keluar, pernafasan Aimy lancar...syukurrr sangat. Tapi masih kena pantau walau keadaannya dah stabil. MAsa tengah pantau, memang ada turun naik lagi tahap oksigen dan nadi Aimy, cuma lebih ok laa dari sebelum. Aimy pun masa aku angkat tu, dia dah sedar...dah nangis...dah buka mata tengok orang. Lega tengok dia dah sedar... Alhamdulillah semua selamat. Syukur tak terhinggaku pada ALLAH swt yang memberi nikmat kelegaan itu bila aimy lancar semula bernafas...

Doktor pakar mata Aimy jumpa aku sebaik selepas aku merenung aimy yang dikatakan ada masalah pernafasan tadi. Dia bersama seorang lagi doktor mata berbangsa India.. mereka ni opthamatology specialist... Mereka memberitahu, mereka dah cek kedua-dua mata aimy.. Hasilnya mereka dapati. tekanan dalam mata aimy normal/tidak tinggi.. saraf mata di belakang juga sihat.. Tiada yang ada tekanan dan tiada yang tertutup. Cuma ada satu parut kecil di depan kornea mata. Ia tak mudarat, cuma ia akan menyebabkan mata akan terganggu...kering .. dan ..errr aku lupa haha. Pastu doktor tu kata, mata aimy tak seimbang kebesaran kanan dan kiri mungkin sebab semulajadi atau ada gen di mana-mana. Keadaan ni tak salah aku terms dia Megacoflome hahaha lupa lagi.. tak sure laa terms tu betul ke tak.. Tulisan doktor kat discharge summary pun susah nak baca. Mata Aimy mudah kering katanya, sebab tu dia berair.. Tadi masa dalam OT pun mereka asyik kena letak ubat titis pelembab. Lagipun dia tidur, matanya tak rapat...terbuka sedikit. Tu pun antara faktor mengeringkan mata. NAMUN.. doktor kata, setakat ini memang kita tak nampak keadaan glucoma dalam mata walau ada symptom. Tapi tindakan susulan masih perlu dilakukan. Masih perlu pemeriksaan semula dalam masa 4 bulan lagi bagi memastikan segalanya OK. Pastu Doktor lelaki india tu cakap, esok Aimy perlu ke klinik mata untuk cek power dia semula. Selepas itu dia boleh keluar.. Alhamdulillahhhhhhh... Syukur nikmat Allah.. Tak dapat kugambarkan kegembiraanku atas berita baik ini..

Aimy dijadualkan akan warded lagi pada 11 April 2010 untuk pembedahan follow up. Aimy akan masuk OT lagi utk mereka tak sedarkan dia dan cek tekanan dlm mata, saraf optik, seperti isnin lepas juga. Sebab mereka takut, tekanan tu akan muncul kerana aimy masih kecil, ada pula simptom penyakit tersebut.. Jadi perlu berjaga. Aku kembali kepada Aimy.

Aimy bila sedar, nak dukung saja.. takmo diletak. Lama sungguh di situ.. Selepas menunggu nurse dari wad 17 datang, kami kembali ke wad dalam 1.30 tengahari. Cik abg aku sakan tidur di katil Aimy haha. Ku kejutkan dia.. dan pergi membuang air yang telah lama ku tahan hehe. Rehat sekejap sambil borak ngan cik abg, makan dan minum dan membalas sms kawan-kawan dan adik beradik yang bertanya khabar Aimy. Lenguh rasa kaki, sengal rasa badan.. penat sungguh rasa walau takde apa yang aku buat haha. Aimy kami beri air zam-zam dan dia tertidur.. Masih ada sisa bius agaknya.. mamai jer dia. Nurse yang iringi aku ke bilik OT tadi datang ke katil menghantar ubat mata aimy 2 jenis, lepas letak atas meja terus dia blah. Aik???? Terus aku dan cik abg serentak terpanggil.. Nak pakai berapa kali ni? Macamana?? Dengan acuh tak acuh dia jawab, titis jer laa.. Berapa kali aku tanya.. 4 jam sekali, setitis dedua belah mata. Satu lagi ni? tanya aku lagi.. bubuh bawah mata kak.. Pastu terus pergi.. ALahai.. tak profesional sungguh ko dik.. hmm. Yang ku perasan kat situ, nurse yang lebih senior lebih cekap, lebih ramah, lebih berpengatahuan dan lebih bagus layanan dari yang muda.. Tapi nurse di bilik OT cukup bagus semuanya.. Kat HKL tu ada 12 bilik OT. Setiap satu khas utk 1 bahagian di hospital tu .. cukup canggih dan lengkap.

Tengok jam dah berganjak, segera ku ke bilik air mandi bila aku rasa sakit yut nak membuang haha.. Keluar jer bilik air ku lihat kawanku si Wanna dah ada di tepi katil Aimy hehe. Awalnya dia..sure cilok dari opis haha. Borak dengan Wanna lama. Cik abg kejap tengok tv, pastu gi solat dan makan. Wanna bawa roti dan cup cakes.. wahh bagus..! Memang sesuai utk aku ...Makanan HKL sungguh boleh buat aku kurus hahaahaha. Maaf laa.. tak boleh masuk laa... Teringat aku di dewan makan kolej penginapan ITM haha.. Selepas wanna balik, tak lama.. kakak aku pula datang dengan abg ipar ku, Kak sitam cousin ku, dan Amirul anak buahku.. Mereka naik LRT jer dari Sg Besi. Jem nak sampao ke mari katanya. Baik naik train hehe. Tu pun dah hampir maghrib mereka sampai. Masa mereka datang, Aimy merengek nak yak, tapi tak keluar pun.. sian dia. Lepas mereka balik, cik abg pun bersiap nak balik.. Kesian kat anak-anak di rumah MIL.

Malam, nyenyak Aimy tidur. Cuma kadang diganggu oleh batuknya saja.

15 Dis 2009 : Di HKL, jam 5 pagi mereka dah buka lampu dan kesibukan di ward bermula.. Aku pasti tak boleh tidur dah bila keadaan itu muncul. Tapi pagi tu, aku boleh beralih tidur dek kepenatan haha. Sekali terjaga dah jam 7 pagi.. Terkejut aku bila ada stain atas lapik cadar hahaha.. bocor daa.. malunya... dah lama tak bocor begitu, boleh laks kat hospital atas segala lapik dan cadar yang putih kotor begitu aku buat hahaha. Ambil wet tissue aimy, tonyoh sket kat stain spot tu.. kut leh hilang.. Kurang sikit jer, terus ku lipat dan lindungkan dengan selimut. Siap berharap agar aimy bangun sebelum doktor datang atau sebelum nurse datang nak tukar lapik dan cadar hehe.. Aku call cik abg suruh datang cepat sebab aku dah bocor..kekeke. Allah Maha Mendengar.. sebaik aimy terjaga... nurse datang nak tukar lapik cadar.. terus aku lipat tak bagi nampak stain, dan suruh nurse tukar...sbb kalau tidak dia nak bentang semula huhu. Aku bgtahu ada stain, dah kotor hehe.

Lama juga menunggu cik abg sampai. Sempat aimy minum susu bagai. Sarapan pun sampai.. minum dulu. Nurse yang senior sibuk sediakan fail pesakit dan fail wad pada setiap meja pesakit. Ditegurnya aku gantung towel kat kepala katil, katanya Dr Joseph tak suka. Ohh sure Dr Joseph nak buat lawatan hari ni. Tetiba jer ward ni dipenuhi dengan doktor mata. Ramai yang masih muda. Ramai ke bahagian kami kerana ramai di bahagian kami baru lepas operate semalam. Aku sempat bertanyakan pasal silau Aimy yang masih ada pada Doktor yang operate aimy semalam. Katanya itu mungkin kesan dari kekeringan tu la.. Selesai saja semua doktor beransur pergi.. baru cik abang sampai. Lama sungguh.. yang aku dah bocor teruk haha.

Terus aku bersiap nak mandi. Lepas mandi, mandikan Aimy. Kata cik abg..nurse dah panggil nak jumpa doktor. Nurse yang senior tu bagi satu slip untuk ambil ubat di farmasi discaj di tingkat 5. Katanya kalau nak cepat kena gi sendiri, kalau tunggu mereka, lambat. Sementara Cik abg tunggu nurse nak bawa mereka ke klinik pakar mata nak cek power mata Aimy, aku gi ambil ubat. Tengah tunggu, cik abg sms dah gerak ke Klinik Pakar Mata di kawasan lain.

Aku sampai, cik abg dah ada dalam bilik 14. Optometri baru nak cek matanya. Dikeluarkan flash card yang ada gambar berwarna putih dan berlatarbelakangkan warna kelabu. Dia test layang depan aimy.. bagus respon Aimy katanya. Ishh kalau aku pun tak berapa jelas gambarnya haha. Lepas itu aimy disuluh dengan scan mata.. Ntah apa lagi yang optometri tu acu-acu pada mata aimy.. Akhirnya dia titiskan sejenis ubat titis untuk mengembangkan mata aimy.. Dia suruh tunggu di luar 5 minit dan dia akan panggil semula untuk ubat ke 2. Selepas titisan ubat ke 2, dia suruh tunggu 30 minit.

Puas menunggu, nama Aimy dipanggil. Power mata aimy dicek semula. Confirm masih macam haritu, kanan 100, kiri 500 powernya.. huhu tinggi sungguh utk baby kecik cam Aimy. Kemudian mata aimy diukur.. Bukan senang nak ukur dan cek mata Aimy, sebab dia marah orang usik matanya hehe. Optometri membawa 3 bingkai yang berlainan saiz untuk dicuba pada Aimy. Katanya bingkai getah/plastik tu berharga RM265. Frame itu diimport dari German/Italy. Dia kata kalau buat kanta dengan kilang yang mereka kenal, RM100 jer lebih kurang. Kiranya semua sekali RM365 laa.. dan mungkin kurang. Beli melalui HKL boleh dapat lebih murah dari luar. Jadi kami confirmkan, dan bayar RM50 sebagai deposit. Dalam 1-2 minggu siaplah cermin mata Aimy tu. Kira murah laa harga tu, setahu aku..dengan power setinggi itu...tak dapat harga kanta sebegitu hmm.

Aimy WAJIB pakai cermin mata. Kerana mata kirinya terlalu tinggi powernya... Memang kelakar muka aimy masa try bingkai palstik/rubber tu. Saiz paling kecik warna pink terang sket berbanding lagi 2 saiz yg ada.. WAJIB pakai untuk tidak memudaratkan dan menambah penyakit pada mata aimy. Selain untuk menggalakkan aimy menggunakan kedua-dua belah mata, ia juga bertujuan mengaktifkan matanya agar tak jadi lemah - akan TIDAK bertambah teruk power, lazy eyes, juling, dan ada yang blh jadi buta bila tidak diguna. Ia juga untuk membantu aimy mengembang pancainderanya agar boleh membantu pancaindera yang lain. PAstu ada laa lagi optometri tu cakap...lupa hehe.

Sebaik saja selesai di klinik pakar mata, kami makan sekejap. Cik abg balik rumah ambil kereta. Kawanku Linda pula sampai menziarah Aimy. Borak-borak.. Linda dah nak balik, kejar masa...Maklumlah masa rehatnya cuma 1 jam. Diberinya sesuatu.. Ya Allah terharu akak linda... tak terbalas rasanya.. Terima kasih laa banyak-banyak.. Hanya Allah yang dapat membalas budi baikmu Linda.. terima kasihhh...

Sebaik Linda balik, cik abang pun sampai. Terus dia ambil bag semua..Kami ready nak gerak. Sekali Eryn pula sampai haha.. So sesambil jalan laa borak ngan Eryn. Eryn yang dukung Aimy sementara kami bawa barang-barang..hehe. Sampai di bawah, baru peluk cium eryn sebab kami nak gi ke pejabat kemasukan dan discaj..nak bayar bil.

Benarnya kami ni rugi tul.. Kunun dapat 1st class sebab bawa GL. Tapi bilik takde/tak cukup.. dapat 2nd class. Tapi di ward mata tu.. 2nd class sama jer dgn 3rd class.. kawasan sama, makan sama, layanan sama...semua sama.. Tapi bayaran berbeza hahaha. Adake bayaran pembedahan pun lain untuk 3rd class dan 2nd class.. Beza banyak tu.. beratus!!.. Bayaran bilik dan makan tak kisah sangat.. beza RM7.. Kalau tahu, ambil jer 3rd class.. dah memang duduk 3rd class pun huhu. Takpe laa belajar.. hehe. Settle bil yang ku bayar sendiri (dek malas nak gi wisma kayu sahkan borang tuntutan insurans company).. terus masuk kereta yang cik abg parking di depan emergency.. poyo tul cik abg aku hahaha. Rasa bersalah laks aku, aku suh cik abg bg duit kat pak guard yang jaga.. kesian dia susah payah kerana jaga kereta kita.. walau MIL dan anak2 ada di dalam kereta.

Lega rasa dah keluar dari HKL..

ok sambung citer di coretan lain pula.. ;)

Ahad, 22 November 2009

Lepaking atau LEPAK KING? haha..



2 hari ni dipenuhi dengan melayan si kecik..sape lagi kalau tak aimy. Memang tak jadi kerja kita dibuatnya. Tak ditengok, dilayan.. sakan dia bergolek sekelian alam... Takut entah apa dijilat, didapat masuk mulut dan kena habuk dan kotoran jer nanti. Walau rumah dah bersih, tau jer laa ada kakak-kakaknya yang baik tak menyepah hehehe.

Apa pun alhamdulillah Aimy dah tak demam.. risau aku kalau demam dia berterusan. Agaknya betullah demam lepas cucuk imunisasi. Cuma demamnya tak terus esoknya, lusa baru nak demam.. hehe. Tapi batuk masih ada laa.. walau masih terkawal. Sekarang kerap pula dia menonyoh muka dan hidungnya.. gatal laa tu. Tambah dok kena inhaler tu.

Semalam sempat sunatkan Aimy. Ingat nak pergi Klinik Ainita di USJ 9. Nasib call dulu tanya, Dr Hamizah atau doktor perempuan ke yang bertugas? Rupanya tiada. Terpaksa cari alternatif lain. Teringat klinik yang dekat. Klinik Ahmad Shah. Kalau hari biasa, siang hari Dr Azizah yang bertugas. Cari nombor klinik dekat ubatan. Tak simpan pula nombornya. Bila call, alhamdulillah Dr Azizah bertugas. Tapi sampai pukul 1 jer. Kelam kabut laa kami bersiap, sebab masa tu jam dah menunjukkan pukul 12+.

Masuk jer klinik, ada 2 orang hampir selesai berurusan. Terus kami.. macam tau-tau laks kami yang menelefon tadi kekeke. Sunat baby girl memang tak cover. Jadi tak isi apa form. Terus masuk, doktor dah ready tempat dah. Nampak kecik sangat ditoresnya.. Tapi kaat doktor, syarat sunat ni baby perempuan ni..ditores sedikit sampai berdarah. Kalau tak berdarah tak boleh.. so kena berdarah..Tu yang macam takberdarah, doktor kelebek tengok tempat yang ditoresnya (pakai gunting laks dia). Memang kuar darah laa walau sikit hehe. Ok laa tu.. Alhamdulillah Aimy dah bersunat. Lega satu yang patut kami sebagai ibu bapa buat, dah terlaksana..

Balik, singgah beli jejari keledek goreng, pastu gi pam tayar jap serta kuar duit sket kat petronas. Lupa laks nak isi minyak. Kalau cik abg yang bawa biasalah..dia bukan tengok minyak..kekeke. Kami decide nak beli jer lunch. Singgah McD drive tru berdekatan rumah. Sesambil menunggu sesambil makan keledek goreng. Sedap sungguh.. !! Cik abang baru nak tau kata sedap sungguh.. sakan semua makan. Alesha dan Adani pun suka.. Sibuk tanya apa ni?? French Fries Orang Melayu hahahaha.. Keledek goreng laa... hehe.

Cik abg order properity burger.. (awalnya dah ada ! selalu nak dkt CNY hehe). Aku order McChic dan bebudak ni beli satu jer happy meal. Dek makan keledek goreng, dah aku kekenyangan...so makan fries dan curly fries jer laa.. Burger simpan dulu. Cik abg semua langsai haha.

Ahad pula.. cik abg yg masak. Kunun dia suruh aku buat ikan masak pedas atau sambal ikan. Sekali dia yang sibuk nak masak.. Dia malas jaga aimy laa tuh haha. Tapi sambal ikan dia dah ala Asam Pedas laa weiii hahahhaa.. Ok gak tu..siap berkuah bagai.. Kami ni memang tak makan banyak lauk.. 1 lauk jer. Tu pun dah sakan enak menjamu selera. Kalau aku, sure tambah telur dadar ke..atau sayur ke. Cik abg mana makan sayur.. so baik takyah hehe.

Rasa tak nak kerja bila hari-hari begini. Sedap jer lepak golek-golek ngan anak denagn cuaca yang sejuk, nyaman, damaii jer. Cuma tak bestnya...kain tak kering berlambak. Kain nak dilipat pun berlambak. Sikit jer luak dilipat, dek asyik melayan budak mata bulat hehhee. Si moto gedik!! kekkee

Kaki ku berdenyut-denyut semula sejak 2-3 hari ni. Mana taknya, hari khamis lepas ada Fire Drill kat opis. 14 tingkat tuh aku turun tangga!! Dah laa kaki sakit ...baru nak ok sket, jadi balik.. Adoi laa jenuh nak berjalan. Nak solat seksa, nak tunduk, duduk bangun seksa.. Cam orang tua sungguh..!!

Dalam benakku tiada lain, selain kerisauan tentang perancangan masa hadapan anak-anak dan kehidupan kami sekeluarga pada masa yang mendatang. Tadika mereka, transport mana nak cari kalau dah dok rumah, pasal maid, perbelanjaan makin banyak rasanya kalau ada maid.. bukan jer segala keperluan maid. Tapi segala keperluan anak juga di rumah. Kalau sekarang ni, segala makan minum anak dah termasuk dalam bayaran yuran nursery.. kemudian kami dah tak runsing dan berat kepala anak nak makan apa..semua dah disediakan di nursery. Kami cuma perlu fikir makan malam dan weekend sahaja. Kalau di rumah, dah tentu kena fikirkan, kena rancang, kena sediakan bahan mentah, kena fikir nak masak apa dan sebagainya.. Wah macam makin banyak benda nak fikir hahaha. Tu belum hal maid lagi. Harapnya maid yang bakap didapat nanti, memudahkan laa segala urusan...amennnn...

Aimy baru muntah, selepas batuk yang panjang..huhu. Hari ni 2 kali aku bersalin baju bila kena muntah aimy yang melambak atas bajuku itu.. huhu.

Catatan Popular