Ahad, 27 Mei 2012

Sejenak beraktiviti dengan Leo Cubs Club @ Sunway Pyramid

Aktiviti anjuran LeoCubs Clubs yang merupakan kelab kanak-kanak di bawah Sunway Pyramid sempena cerita BRAVE yang ditayangkan di pawagam. Kami menerima jemputan melalui email. Tetapi pendaftaran masih perlu diluluskan oleh pihak kelab. Mula aku buat tak kisah email dari LeoCubs ni. Tapi entah kenapa, teringin pula nak diteliti kandungan emailnya. Terus aku jatuh minat dan daftarkan nama Alesha dan Adani pada acara-acara yang sesuai buat mereka. Maklumlah, cuti sekolah bermula. Tapi kewangan kami belum stabil untuk membawa anak-anak berjalan jauh atau melawat tempat yang berbayar. Jadi bila ada aktiviti PERCUMA sebegini, tak akan ku lepaskan peluang demi anak-anak. Asalkan bermanfaat dan menggembirakan mereka...InsyaAllah.

Alesha ku daftarkan untuk aktiviti memanah, mendokarasi kek cawan dan memintal pretzel (roti). Adani semua juga kecuali memanah. Memanah hanya dibenarkan kepada kanak-kanak 8 tahun ke atas sahaja. 





Alesha bersedia untuk memanah



Wah handal juga.. 2 kena 10 markah.. haha

Arghhh kena panahhhh.. berlakon ajer ayah ni! haha


Entah berapa kali bergambar dengan Leo.. Adani asyik nak salam dan panggil.. Ketika ini kami tengah rehat-rehat makan Auntie Anne Pretzel yang sangat digemari kami anak beranak

Lama kakak-kakak menunggu Cupcakes Live Workshop dimulakan..





Ramai penyertaan.. semua muka excited!

Aimy dah mengantuk ketika ini.. Bosan pun ya agaknya.. hehe


Setiap peser\ta diberi 2 cupcakes



Rebecca nama gurunya


Tempat diubah mengikut umur. Di hadapan semua kanak-kanak berumur 4-6 tahun, tengah 7-9 tahun, barisan ke 3 dan ke 4...berumur 10-12 tahun..




Anak-anak diberi taklimat dan demo cara mendekorasi cupcakes




Adani memulakan yang diidamkan hehe..

Wah lajunya kakak buat...dah siap satu!

Bestnya ibu!

Nak letak lagi!!

Alesha memulakan menghias kek cawan ke dua mengikut tema dan demo yang diberikan



diajar cara menekan dan memicit kon krim



Adani cuba membersihkan meja ala masterchef. Penuh gula biru ok! haha

tadaaaa... dah ready!

tudiaaa...penuh ok!! hahaha.. puas hati Adani ya.. 

Peace kek!

Ayah pun nak interframe.. suka sangat nak bergambar dengan maskot haha

Ayah tolong Adani lapikkan cup cakes Adani


Sebolehnya semua Adani nak tabur hahaha

Alesha diumum PEMENANG!!! Alhamdulillah!!


Diberi 2 baucer diskaun Cupcakes Chicks sebagai hadiah ;)


"Here is the winner!! Mari naik ke pentas"...kata Rebecca 



Pemenang seorang lagi dipanggil...




Tak sangka anak dara ala lasak ibu boleh menang haha
Selepas mendekorasi kek cawan, barulah kami makan tengahari di Carls Jr. Lama tak makan burgernya. Sedap! Tetapi lepas makan, cik abang ajak terus balik. Tak payahlah anak-anak masuk Rolling Pretzel katanya..Aduhai, bukan sahaja anak-anak yang mendengar frust! Aku juga frust..!! Sebolehnya nak ku penuhi hari ini dengan aktiviti untuk anak-anak.. Tapi cik abang pening kepala, nak kerja part time pula bermula jam 7 petang. Nak tak nak, terpaksa akur. Kebetulan telefon ku pun dah hampir kehabisan bateri. Tidak boleh lagi mengambil gambar.

Tetapi dalam perjalanan ke lif akses ke parking, kami terjumpa semula majlis Cadbury coklat yang membuat promo dengan games dan jualan murah barangannya. Dekorasi kawasan event mereka sungguh menarik.. macam gua coklat gitu!! Sempatlah anak-anak bermain satu dua games dan bergambar percuma dengan belian RM10 ke atas. Jadilah, asal anak-anak gembira. Walau mereka tak puas, dan mahu lagi beraktiviti dan bermain.. Mereka akur dengan keputusan ayahnya. Pulanglah kami dalam jam 5 petang.. Lama juga kami di sana.. bermula 12.30 tengahari - 5 petang....

Adani dan Ujian Kelayakan SRAI Seksyen 19 Tahun 2012

Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulangkaji musim cuti sekolah ini di samping untuk Adai ulangkaji serba sedikit sebelum Ujian Kelayakan SRAI esok paginya. At least boleh la belajar sikit-sikit hehe.

Teruja sangat, sampai ibu belum habis bawa masuk barang, dah buka buku hehe


Pagi Jumaat, dalam bersiap nak ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Seksyen 19 Shah Alam bagi Ujian Kelayakan Masuk Adani, sempat pula aku menyusun baju dalma almari anak-anak yang dah berterabur dipunggah Alesha dan Adani.. Ya Allah sungguh jiwa kacau. Bila nak mandi pula, tetiba air tangki kering. Lupa la cik abang tu nak buka balik air tangki. Tangki kami tu dah berganti apungannya. Tapi masih overflow, kalau tak ditutup selepas penuh.. melimpah air membazir. Kelam kabut pula aku nak mandi haha. Terpaksa ke bilik air bawah. Itu ini, lambat sudahnya. Hampir jam 8.15 pagi baru nak keluar. Cik Abang menjaga Aimy di rumah, aku membawa Adani ditemani Alesha. 

Sampai di SRAI, tempat letak kereta penuh luar dalam, depan belakang. Ku cuba juga menyelit di mana-mana. Yerlah dah lambat kan. Ujian bermula 8.30pagi. Masa Alesha dulu 7.45 pagi kami dah sampai. Masa tu bibik ada, jadi bab Aimy dan rumah ada yang membantu. Kali ni semua diriku kan.. hehe. 

Bergegas kami berjalan, kadang tertinggal anak-anak di belakang dek ibunya jalan laju sangat haha. Gabra sekejap aku bila ku lihat slip ujian, Adani dalam group B, tapi Group A,B,C dan D telah kosong. Terus terpa pada Cikgu yang menunggu di tiang senarai nama group. Rupanya cikgu memang menunggu yang lewat. Adani dan seorang budak perempuan lagi juga lewat. Cikgu menenangkan aku bila aku bertanya? "Group B dah naik ke Cikgu? anak saya dalam group B". Cikgu menjawab, "Tidak mengapa puan, Cikgu akan bawa naik anak puan. Berikan saya slip Ujian tu" sambil dia menunjukkan slip yang aku pegang. Dia ambil, dia berikan ke tangan Adani, disuruhnya Adani pegang dan dia bagitahu Adani dia akan bawa naik Adani ke kelas. Adani takut slip hilang di tangan, dia minta aku masukkan slip ke dalam bagnya. Sebaik slip dimasuk ke dalam bag. Terus cikgunya tanya "Sudah? Mari kita naik.." Uwarghh tak sempat ambil gambar.. Adani pun takde pengalaman beratur menunggu giliran naik hehe.




Ujian berlangsung 2 jam. Smepat aku mengalih kereta ke tempat letak kereta yang dah banyak kosong, berbual dengan jiran-jiran yang juga menunggu anak masing-masing sementara Alesha bermain dengan kawan-kawannya dan makan nasi goreng yang dibeli dari kantin.

Setelah 2 jam berlalu, anak-anak mula dibawa turun oleh cikgu-cikgu berperingkat. Jam 11 Adani belum turun lagi. Kelas dia lambat turun. Setelah lebih15 minit baru Kelas/Group B dimaklumkan turun. Lihatlah Adani.. riang ria dengan tudung dah menutupi mata hahaha. Takde dah nak cari dan nampak ibu dan kakak yang menunggu. Kalau Alesha dulu, muka ibu yang mula dicari walau kawan-kawnanya ramai. Tetapi tidak pada Adani.. sibuk nak ikut dan ajak kawan bermain dan berborak lagi walau ada yang dah ditarik dari barisan oleh ibu bapa untuk dibawa pulang. Adani tidak mahu balik, dia nak cari kawan katanya. Bertuah tul!

Bila ditanya boleh buat? "Boleh!", Siap semua ke ada yang tak sempat buat? "Sempat..habis adani buat" jawabnya. Tanya lagi, senang tak? "Senang, kecuali Arab susah.. ada banyak yang Adani tak tahu" katanya.. Alahai suspen dengar. Harapnya ada harapan Adani dapat tempat. Ramai yang datang Ujian Kelayakan..470 orang dengarnya.. Tapi yang akan diambil seramai 207 orang sahaja. Aduss.. kecut perut lak. Kalau sekolah lain-lain, susah juga nak diuruskan nanti. Apa pun moga Adani berjaya dalam Ujian Kelayakan tersebut dan boleh sekolah sekali dengan kakaknya. Aminn...

Antara yang di hadapan, tapi lihatlah dia.. gelak ketawa, sampai tudung menutupi mata dibiar haha


Riang jer dengan kawan hehe.

Sempat dia marah kakak bila kakak nak pegang tangan ajak balik.. sabor jer la Adani.. Dia nak cari kawannya katanya.

Karangkraf & MamyPoko menceriakan hari

Syukurrrr Alhamdulillah !

Khamis 17 Mei, 2012, menerima panggilan yang tidak diketahui empunya nombor. Aku tak perasan sekali tu, kali kedua nombor yang sama tertea di skrin telefon..aku dalam lif. Siapalah yang call ni.. Mesti penting banyak kali call. Sampai sahaja di meja pejabat, aku memanggil semula nombor tersebut. Karangkraf rupanya. Tapi mereka tak boleh kealpasti siapa yang membuat panggilan telefon.

Aku ingat kak Maziah Majalah MiDi. Aku sms Kak Maziah. Rupanya Ita Majalah Pa&Ma. Dia akan call semula kejap lagi. Terus dapat panggilan dari Ita. Inilah rezeki tak terduga namanya. Hasil cerita Aimy keluar di Majalah Pa&Ma.. Aimy menerima sumbangan barangan MamyPoko bernilai RM500. Aku diminta mengambil daiper MamyPoko tersebut di stor Karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam pada Isnin 21 Mei 2012, kerana Ita tiada pada hari-hari sebelum.

Subuh Isnin aku menerima sms Ita. Dia minta waktu lain kerana pagi sangat stor belum buka. Jadi aku tukar ke tengahari waktu lunch hour. Lagipun aku puasa. Tak perlu kelam kabut mencari makan.

Sampai di Karangkraf lebih kurang jam 1.20 tengahari, Ita dah sedia menanti. Terus kami bersama ke stor. Wah gembira melihat 4 kotak daiper MamyPoko dimasukkan ke dalam bonet keretaku.. Syukur Alhamdulillah.. Paling tidak, jimat duit membeli daiper dalam 5 bulan lebih kurang. Syukur sangat. Dalam setiap kotak ada 3 pek yang mengandungi 56 keping daiper MamyPoko.

Terima kasih Ita, Karangkraf dan MamyPoko !!

Catatan Popular