Rabu, 3 Mac 2010

Nape Merah dik?

Sekarang kesibukan tak terhingga di ofis.. Kadang ada masa terluang 5-10minit pun, takde masa dah nak buka internet melampiaskan lelah dan stress.. Rasa boss ada jer merenung skrin aku dari belakang haha.. Lantaklah dia.. bukan kerja tak siap pun kan haha. Tapi takpelah, ada takde kat kelab sama jer kut.. Kehadiran tak penting haha. Bengang sket ngan boss siang tadi, dia sibuk nak ubah bidang yang aku baru dapat dan aku suka ...aduhai.. Hendak juga2 dia menambah bidang yg aku tak suka dan pernah aku minta pelepasan dulu.. PAdahal dah cakap tadi masa dia cakap dan tanya.. ahhhhh stress aku.. Memang aku bengang pada yang menyebut nama aku tu.. Tak boleh ke jangan menyibuk hal orang lain..!! Ko leh laa dok buat setu kerja jer.. tak multi tasking langsung, tu yang sempat keluar masuk hisap rokok.. huh..! Lepas geram sat hahahhaa

Ok back to normal...haha

Hmm hari ni pagi suhu aimy dalam 37.7C- 38+C ..Kemudian ok sket dlm 37.5-37.7C.. sampai aku balik. Tapi bila dia tetiba merengek sedikit, aku cek semula suhu...dah naik 38++C balik...Aduhai dek...kesiannya adik.. Pastu aku perasan banyak merah-merah di mukanya dan ada rashes merah-merah di badan terutama di leher, dada dan tepi telinga... KAt badan ada sikit jer.. kat tangan pun. Aduhai cuak aku, risau.. Takut sangat...sbb sekarang musim denggi.. Ku pantau jer.. Mungkin juga allergic.. Allergic dengan antibiotik baru mungkin. Sebab adik tak pernah dapat antibiotik merah pink gitu.. hmmm.. Tak sabar rasanya nak bawa jumpa doktor walau sepatutnya follow-up dia khamis ni.

Paling aku risau, bila dia tidur jer.. tak aktif.. Buka mata pun, cam termenung jer.. Kadang jer tersenyum bila diagah.. Adus dekkk jangan buat ibu risau... Takutnya... Ya Allah berilah kesihatan yang terbaik buat anakku Aimy.. Jauhkan laa dari sakitnya menjadi lebih mudarat.. Pulihkanlah kesihatan Aimy Sufia dengan segera... Sesungguhnya KAU maha Mengasihani ....aminn..

Tadi suruh cik abg beli barli. BArli kat rumah ni dah lama benar...sampai berbubuk haha. Ingat nak rebus dan bagi adik minum air barli.. Mana tau dapat pulihkan urine infection adik.. kita ikhtiar kan dik.. Air zam-zam yang ayah bagi pada Ustaz Mat jiran kita tu pun dah dapat mahgrib tadi. Boleh laa adik minum air zam-zam tu buat ubat.. Moga Allah makbulkan doa kita, berkati usaha kita, dan cepat pulihkan kesihatan adik ...Biar adik sihat selamanya.. aminnn

Semalam Dr Koshy telah sediakan surat untuk buat MCUG di Sunway Medical. Ibu nak kena bawa satu surat ke ofis untuk buat GL...dan satu lagi untuk pakar Radiologi di sana. Ibu berdoa dan berharap sangat, buah pinggang adik dan saluran dari bawah ke buah pinggang tiada infection dan sihat normal.. Biarlah urine infection yang Doktor kata tu cuma di bahagian bawah sahaja.. Kata doktor, ikutkan urine infection atau kencing kotor ini amat bahaya untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Jadi ibu harap sangat itu semua tak berlaku.. Semoga yang baik-baik dan yang elok-elok jer ada pada adik.. Kesian adik menanggung dugaan demi dugaan.. Asyik makan ubat...Asyik diganggu dek nurse dan doktor.. asyik masuk keluar hospital.. dan asyik disentuh hikmahNYA. Moga Adik jadi yang terbaik selepas ini kan dik kan..

Bulan April ni adik kena pergi HKL lagi.. Kita akan bermalam di sana lagi untuk operation ke 2.. Risau gak ibu dik.. risau takut kesihatan adik tak mengizinkan waktu itu. Ni dah lebih sebulan adik asyik demam.. Apa pun harapnya sebelum sampai waktunya lagi adik dah sihat walafiat kan dik.. Duduk rumah batuk adik dah kurang sangat-sangat.. malah macam tiada langsung. Selsema pun begitu.. Tapi lain pula ceritanya.. asyik pula demam.. hmm tak tau nak buat macam mana lagi.. KAdang ibu pun buntu.. kadang rasa macam tak boleh dah nak berfikir apa yang perlu diikhtiar lagi..

Opah nak pergi Jakarta esok dik.. Seronok Opah jalan-jalan kan.. ! Adik cepatlah baik, bolehlah kita pergi jalan jauh-jauh.. Boleh kita tengok dan survey sekolah untuk adik.. Sebulan lebih saja lagi adik dah nak setahun.. Cepat sungguh masa berlalu.. Cepat dik kita merangkak dan duduk.. Tak apa adik lambat pun, asal adik boleh.. boleh mengejar orang lain walau tidak di tempat pertama.. Semangat juang kena kuat dik.. kita kena berjuang untuk adik.. Walau kita kurang sempurna.. kita kuat kan dik.. KIta boleh berjaya.. !!

Walau kadang ibu boleh terima kenyataan, tapi kadangkala.. ibu juga sedih untuk menerima kenyataan.. Syahdu bila merenung wajah adik. Tapi ibu tahu adik yang akan berikan ibu semangat untuk berjaya.. dan terus berjaya. Anak-anak ibu semua hebat!! bak kata ayah hahahaha.. JAdi adik kena sihat sekarang.. sihat dan kuat..!! hehe. Semoga perjalanan hidup kita diberkati Allah swt... aminn

Dah kul 2 laa.. nak tidoq laa.. hehe

Isnin, 1 Mac 2010

DEMAM!


Sejak petang isnin sampai laa ke hari ni Aimy demam. Semalam suhu dia agak turun sedikit, tu yg kami bawa dia keluar sebentar.. kemudian pergi urut pula. Usai urut pergi rumah mertua pula di Jinjang. Memang happy jer dia.. ceria.. bersinar mata hehe.

Tapi pagi Isnin ni.. suhu naik dan terus naik.. !! Dalam setengah jam suhu dari 38.3C dah jadi 42.2C... Aduss serba salah aku yang dah bersiap nak ke pejabat. Ku beri ubat masuk punggung 1/3-1/2, ku sapukan air seluruh badan dia.. dan minta bibik tolong mandikan dia. Susah pula nak mandikan bila dah siap berbaju kurung dan tudung. Akhirnya aku decide EL dan call cik abg bagitahu suhu aimy dah teruk tinggi sangat. Kelam kabut cik abg bawak. Kami ke klinik dulu amik refer letter dan pendapat doktor Azizah. Dr. Azizah faham benar keadaan Aimy, katanya budak special begini memang amat mudah menjadi teruk. Tambahan pula sekarang ni musim orang demam panas.. dah musim panas. Jadi dia lagi cepat jadi teruk berbanding orang lain dan kanak-kanak lain. Bayi atau kanak-kanak istimewa seperti adik, kurang antibodi dan imunisasi. Sebab itu juga kenapa adik perlukan antibiotik yang kuat.. kena jep. Tak boleh takat yg biasa-biasa diberi kepada kanak-kanak lain. Kemudian, kalau budak lain makan masa 1-2 hari utk bertindak balas dengan antibiotik, adik akan jadi lama.. Slow penerimaan dia terhadap antibiotik tersebut. Oleh itu, dia perlu antibiotik yang kuat dan cepat bertindak.. agar seimbang macam budak-budak lain.

Dapat jer surat rujukan, kami terus ke DEMC. Ku cari kad appoinment Aimy, entah ke mana hilangnya cik abg letak.. aduhai. Maka takdelah kad. Pakai kad insurans jer tanpa kad appoinment. Lamanyaa menunggu hari ni.. huhu. Dah la menunggu nak jumpa doktor lama, nak tunggu proses seterusnya pun lama.

Dah 10 lebih tak salah baru dapat jumpa Dr Kpshy. Kebetulan masa tu aimy dah tertido di pangkuan, terjaga dia merenung doktor bila diangkat. Doktor cek suhu masa tu 38.3C tak salah.. hmm.. Doktor minta amibil darah sekali lagi dan urine juga. Maka kami pergilah ke bangunan utama tingkat 3 untuk ke makmal mereka. Ambil darah laju jer prosesnya, tapi bab ambil urine ni. KAmi ditanya, takde ke nurse bagi plastik kantung tadah? TIADA kami jawab. Kemudian, orang di dalam lab tu mula bising. Bunyi cam marah dan merungut.. aduhai tak best gini. Mereka call doktor dan nurse. Cakap ngan doktor lembut jer, ngan nurse cam garang sikit haha. Tak lama, datang nurse dari bangunan sebelah menghantar plastik kantung tadah urine. Sekali lagi bising orang di dalam.. saling tolak menolak kerja. Katanya mereka tak pernah buat dan tak reti buat pada patient. Selalunya nurse atau doktor sendiri yang buat. Pelik laks aku orang lab tak reti.. hehe. Tapi aku diam jer, hanya mendengar. PAstu nurse yang datang ni.. terpinga-pinga blur. Akhirnya kami disuruh patah balik semula ke bangunan belakang untuk nurse Dr Koshy pasangkan plastik tadahan tersebut. Aduhai penat ulang alik panas-panas gini.

Sampai kat depan bilik doktor, kami tunggu lagi.. Nurse sibuk, staff lain tak tau nak cakap. Kata mereka tunggu kejap, nak cari katil utk mudah baringkan adik. Tapi tak juga.. akhirnya ada seorang nurse suruh kami letakkan adik kat penimbang dan buat kerja di situ. Dia tengok daiper aimy ada terkena kencing sikit, dia suruh tukar dan basuhkan kemaluan adik. Ish tadi tak cakap.. orang tunggu lama tadi patut dah cakap. Pastu cara dia cakap tu, sungguh menjengkelkan. PAdahal salah dia yang tak inform dia. PAtutnya, dia yang bawa patient pergi basuhkan ke apa.. dah kerja dia kan. Buat apa bayor mahal kalau semua parents baby yang buat? Takpelah.. dia pasangkan dan tunjukkan demo pada aku. Aku ok jer.. sebab pernah tengok masa Alesha warded dulu. Tu yang aku pelik napa orang lab bertolak2 nak buat kerja senang, yang kelakar dengar.. "takut luka" hahaha.. PAdahal tak melibatkan perkara dan benda yang boleh melukakan..hahaha. Pelik aku..

Dah settle pasangkan plastik, aku duduk tidurkan Aimy yang dah merengek ngantuk. Daipers dia tak ditampal kedua-dua belah pinggang. Senang nak tengok urine dah keluar ke belum. (sebelu, ni doktor ambil urine dengan cucuk toub ke tut baby). Lama menunggu... GL pun tak dapat lagi, biasalah insurans opis cik abg.. memang mekngot..! Dah laa tak leh minta awal.. MAsa aku dok tunggu ni, nampak la nurse-nurse di kaunter mengatakan sesuatu tentang adik. Bila terperasan aku tengok, siap tutup muka berbisik dnegan kawan dia.. Aduhai, sungguh tak pro.. Ntah apa dia borak tak tau.. Lantak korang laa..

Sekali doktor panggil masuk. Dah dapat result darah, katanya ada sedikit saja virus, tak teruk. Cuma dia takut memang betul urine infection jer. Tapi dia harap, urine ok.. dan cuma sebab tekak merah jer yang adik demam. Selesai dia cakap pasal demam dan ubatan yang dia bagi, dia tanya ada soalan tak? Cik abg takde jer.. Aku soal bab syndrome sekali lagi hehe.

Dr Koshy akui, dia belum jumpa lagi syndrome yang sesuai pada tanda-tanda fizikal yang ada pada aimy.. contoh, 6 toes, flatten finggers, one line kat tapak tangan, mata ada glucoma, lidah, perkembangan lambat dan sebagainya.. Katanya, perlu ada ujian demi ujian untuk menentukannya. Paling utama, pengambilan darah dan pemeriksaan deria. Apa pun kata Dr Koshy, jangan kita peningkan dengan nama syndrome dan ketepatan syndrome. Cuma sekarang, kita perlu cari jalan dan siapkan plan bila aimy dah berumur 1-1.5 tahun akan datang. Perlu dapatkan bantuan, rangsangkan deria melalui stimulation dan terlibat bersama program khas untuk kita mengurangkan gap aimy dengan kanak-kanak normal lain. Sekarang kami perlu terima yang dia memang istimewa dan perlukan perancangan rapi untuk masa akan datang. Bantuan pusat rangsangan boleh dicari sama ada NGO punya, swasta atau kerajaan sendiri. Pilihlah mana terbaik utk Aimy. Dr Koshy mencadangkan kami explore pula berkenaan EARLY INTERVENTION PROGRAMME (EIP).

Hmm.. aku pula nak tahu sebenarnya, agar lebih mudah aku spesifickan pembelajaran dan info yang aku cari.. Tapi yerlah, bukan senang.. dan kata Dr Koshy, pakar dalam bidang kanak2 istimewa pun ada.. Tapi mereka sendiri makan masa juga utk mengenalpasti sekiranya dapat kes macam Aimy... waAllahualam. Akan ku cari berkenaan EIP ituh.. insyaAllah... MOga Allah permudahkan urusan kami dan aimy.. aminnn..

Keluar dari bilik doktor, kami duduk semula. Kemudian nurse kata baik kami balik dulu atau pergi makan.. sebab dah jam 1 tghari. GL lambat sangat, so dia suruh datang kemudian ambil ubat dan lelain. Kenapa laa tak cakap dari awal tadi kan.. takyah laa kami sambung menunggu jer.. Yang paling buat aku bengkek sket hari ni.. bila nurse tu selamber suruh kami pergi semula ke lab hantar urine yang kebetulan kami dapat sebelum nak balik tu. Cek daipers adik nak pakaikan seluar, ternampak laks dia dah kencing. Tapi sedikit sangat, kata doktor dah mencukupi tuh..! Kenapa tak mereka saja yang pergi ke lab tersebut? Kami bayar mahal kat hospital ni, leh kami laks diarah dek nurse-nurse tersebut..?? Dah laa bangunan lain-lain.. walau dekat, tengah panas rembang ni.. kesian aimy jadinya. Aku pun dengan kaki yang sakit, seksa sedikit nak berjalan.. aduhai.. Bertuah tul deme ni.. hmmm

TAdi petang suhu aimy meningkat balik ke 39++C.. Dalam jam 3-4 gitu. Tapi alhamdulillah bila malam, suhu dia dah berkurangan walau masih dedar.

Cik abg balik, baru bawa balik ubat. So malam baru dapat makan antibiotik, siang tadi cuma makan ubat demam jer.

Sempat aku memotong rambut depan anak-anak dan trim sedikit. Rambut cik abg laks ok, tapi dah nak nipiskan guna gunting susah.. agak bertobek sket di tepi hahahaha. Terus dia gelak dan terus ke kedai...hahahha. Tapi india barber shop tu cakap.. Tu sudah gunting? mau gunting lagi kaa?? Kiranya bagus gak aku gunting kan.. barber kata dah gunting haha.. Tapi dia trim laa kasi rata ... So dah smart laa cik abg aku yg dah 2-4 bulan tak potong rambut haha

Oklah nak tido.. tak perasan dah lewat ni.. esok nak kerja...huhu. HArap adik sihat ya dik esok.. lega sket hati ibu ni nak gi kerja.. Aminn..

Sabtu, 27 Februari 2010

Lip lap...lip lap di Firefly Park Resort



SALAM MAULIDUR RASUL... Moga sunnah baginda Rasulullah SAW menjadi ikutan sepanjang zaman..

Pagi cik abg dah ke surau dengan kamera. Kena jadi photographer untuk Majlis Sambutan Maulidur Rasul di taman perumahan kami ni. Selain perarakan, ada pertandingan azan dan syarahan.. Makan-makan pun ada. Tapi aku dok rumah jer.. teman aimy sementara bibik buat kerja. Alesha dan Adani, ayah mereka balik ambil jam 9.30am. Majlis selesai jam 11am.

Aku gi facial jap ngan adani. Pastu balik, cik abg laks keluar gi masjid.. AKu pelik dia kelam kabut bersiap ...Awalnya nak gi zohor?? Aku lupa hari ni hari jumaat daa... hahahaha

Plan nak keluar jam 3 ptg, tapi adani pun masih tidur.. Cik abg ralit tgk tv.. dah bangun adani, ralit laks dia main ngan kakaknya di laman rumah. Disuruh mandi punya seksa. LAst aku yang naik mandi dan bersiap nak dekat pukul 4 dah masa tu. CIk abg kata, keluar lepas asar laa pulak.. So lepak-lepak jap.. Cari baju yang nak dipakai punya bosan jadinya. Sebab semua baju tak sesuai dan dah jemu dipakai..huhu. Baju buruk belaka yg ada huhu. Akhirnya aku pakai baju lama... kemeja zaman anak dara lagi.. zaman belajar lagi haha

Lepas asar, siap kemas barang hendak dibawa..Cium Aimy puas-puas... Barulah gerak ke Kuala Selangor. Masa tu jam dah 5.10 pm dah.. Alahai.. beriya aku nak gi awal, nak cari ikan laa, nak naik bukit Malawati laa.. last leh tuju 1 tempat jer laak kut hehe. Memula kami ingat, kena ada sana jam 7 mlm.. dan trip bot hanya 1-2 dan tripnya lama.. Tu yang bila aku cerita habis, baru cik abg nak pecut sikit bagi sempat sampai ke Kuala Selangor haha.

Sebelum sampai sempat call ex-boss, sebab mereka laa yang buat aku makin teruja setelah sekian lama dok pendam jer hasrat haha. Call ex-boss nak tanya lokasi sebenar tempat yang mereka pergi. Aku dengar ada 2 tempat yang boleh tengok kelip-kelip ni dan tempat yang dikira sebagai kawasan perlindungan kelip-kelip. Satu di Kg Kuantan yang juga di Kuala Selangor dan tak jauh pun dari tempat yang hendak aku tuju. Tu takut tersalah, maka seharusnya call dulu. Memang ada yang pergi Kg Kuantan, tak dapat nak pergi melihat kelip-kelip. Tu yang aku taknak laa pemergianku hampa belaka hehe. Kata ex-boss, tempat yang kami tuju, selepas jambatan besar Kuala Selangor. Masuk simpang sebelah kanan.. namanya Firefly Park Resort, Bukit Belimbing, Kuala Selangor. Memang ada signboard katanya.. tapi awas jangan sampai terlepas haha.

Maka selepas jambatan Kuala Selangor, kami mula berhati-hati.. Aku pula, berdebar takut tak sempat sampai untuk naik bot haha. Alhamdulillah kami jumpa dengan mudah... Terus nampak signboard dan nampak simpang ke kanan walau ikutkan tiada traffic light dan sebagainya.. Memang mengelirukan sedikit. Dari simpang tersebut, kena memandu ke dalam lagi sejauh lebih kurang 3km. Jumpa perkampungan, masjid dan akhirnya jumpa laa FIrefly Parks Resort.

Masa aku sampai, jam menunjukkan lebih kurang 10 minit sebelum jam 7 malam. Aku terus ke kaunter tiket. Kebetulan ada seorang auntie masuk ke kaunter dan buka kaunter. Aku terus beriya nak beli tiket.. sekali auntie tu kata, tak boleh jua lagi.. Kena tunggu dalam 7.30-7.45pm baru mereka jual. Lagipun cuaca tak elok ni, mereka takut kalau hujan terlampau lebat dan berpanjangan sampai ke malam... Tak dapat tengok kelip-kelip nanti. Jadi dia malas nak susah-susah lakukan urusan pulangkan duit customer.

Kami tunggu punya tunggu, dia masih kata belum boleh lagi. Last dengar azan maghrib. Cik abg kata, baik solat kat masjid yang kami nampak sebelum sampai FireFly PArk tadi. Aku ok jer. Sebab kami rasa takde surau kawasan tu. Nampak cam kawasan cha ya nun alif jer.. kan.. hehe. Tapi ntah macam mana aku tertanya gak sebelum gi masjid. Katanya ada surau, tapi belakang toilet.

Kami pergi ke surau dimaksudkan, dah laa masa tu dah gelap.. Hmmm.. alesha laks nak kencing, aku suruh cik abg bukakkan lampu surau yg gelap tu.. Adani dan cik abg yang masuk.. Aku gi teman Alesha kencing dulu. Aduhai tandas dia tak mengancam tul. (tapi tandas kat jeti bersih dan baru...!! mana laa kami pasan masa tu. Sebab belum gi ke area jeti). Aku sampai tak jadi membuang dek keadaannya.. ku tahan-tahan haha. Terus buat keputusan ajak cik abg ke masjid bila memikirkan surau pun sama teruk...huhu. Terus laju jer cik abg ok haha. Dia kata lain macam jer hahaha...

Bebudak ni suspen bila kami ajak masuk kereta semula.. Ingat nak balik..haha. Siap kena janji hanya gi masjid jer, pastu datyang balik haha. Sampai di Masjid, rupanya penduduk setempat belum berjemaah. Kebetulan cik abang aku masuk, baru mereka berjemaah. Aku suruh cik abang solat dulu dah anak-anak tiada yang tengokkan. Kang dibawa masuk masjid, kena marah laks kalau ada yang buat bising. Tunggu punya tunggu, tiba giliran aku laks.

Dah laa nak masuk ke tepi masjid tu lecak.. tengah hujan agak lebat gak tu. Nak tergelincir aku. Kata cik abg, tempat muslimah kat atas. Alamak.. suspen laks. Ku cari bilik air, ku cari tangga... Nampak bilik air.. GELAP GELITA.. aduss takut laks rasa hahaha. Aku ingat nak terus ke bahagian muslimah. Tapi tak jumpa pula tangga. Patah balik ke belakang, nampak bebudak berserban bagai.. bebudak tahfiz agaknya.. Mereka tak sempat nak tunjukkan, ada seorang brother ni yang tunjukkan. Ok nampak laa aku. Sekali aku dah anik atas, baru aku teringat aku belum berwuduk.. aparaa haha. Aku turun semula lepas letak bag telekungku di atas. Alamak, tempat wuduk kat toilet yang sama... aduhaii.. ni lomah den ni.. Dah laa tadi kat surau sana aku seram haha. Nasib ada seorang adik lalu, aku tanya dia di mana tempat ambil wuduk wanita? Dia tunjuk toilet tu.. dengan tak malunya aku meminta "dik boleh tolong akak tak? bukakkan lampu toilet ni boleh? takut laks tengok gelap gelita gitu hehe" Adik tu tersenyum dan terus gi bukakkan. Aku tawakal jer masuk... Semua urusan ku segerakan hahaha... Termasuk membuang air kekekeke.

Keluar jer toilet... legaa...! Naik terus ke atas.. Agak kotor sedikit.. berhabuk dan ada tahi cicak banyak gak ...agaknya kurang orang perempuan datang solat di sini. Aku segerakan solat.. Sempat laa habiskan sebelum usai pak imam berzikir dan bertasbih berjemaah. Alhamdulillah selesai jer.. kami gerak semula ke Firefly PArk Resort.

Terus aku membeli tiket. Masa tu dalam jam 8.10mlm. Nampak bas yang kami jumpa semasa nak ke masjid tadi. Dah agak mereka ke sini hehe. Ramai pelancong asing ke mari. Kebetulan masa kami nak masuk ke kawasan jeti, ada sekeluarga dari korea dan mungkin malaysia (chinese) berjalan bersama kami. Sempat bergambar 2-3 das.. Pakai life jacket, terus rasa best haha. Life jacket bebudak pun ada.. comel jer Alesha dan Adani pakai life jacket haha.

Kata pakcik penjaga di jeti, kamera sampai takat itu sahaja.. kalau bawak pun, takkan nampak apa di sana.. Kena bawa tripod baru boleh..dan statik. Lagipun, flash tak boleh rasanya... dah kelip-kelip sukakan keadaan gelap. Menurut info yang ku baca di sana, kelip-kelip suka hinggap di Pokok Berembang. Cahaya kelip-kelip lebih menyinar ketika bulan gelap.. Ketika kami pergi, dah 13 RabiulAwal.. jadi dah nak bulan penuh pun.. ikutkan dah tak berapa best utk melihat kelip-kelip. Tapi dah cuaca tak berapa bagus.. mendung dan masih rintik-rintik.. Kelip-kelip masih cantik dilihat dimalam hari. Itu antara yang ku dapat tahu di situ juga hehe. Pandai pakcik tu bercakap jepun haha.. Seorang lagi brother, rajin tolong tangkapkan gambar kami sekeluarga.. Aimy jer takde, sian aimy kena tinggal.. Tapi apa leh buat.. memang tak sesuai utk aimy dan dia pun dok dedar semula tu ...hmmm.

Alesha dan Adani dah tak sabar nak naik bot. Tapi dalam pada masa yang sama..Alesha cakap dia takut hahahhaa. Sebab gelap kut..! haha. Naik jer orang dari bot, kami disuruh beratur dan turun.. Disuruh hati-hati kerana pelantar licin sedikit hujan-hujan ni. Memang berhati-hati sangat kami hehe. Sampai di bawah.. kena tunggu sekejap sementara bot baru yang dah balik turunkan penumpang lagi. Kosong jer.. kami disuruh naik, kami yang pertama naik...disuruh naik kat depan, tapi dah kami berempat, dia suruh duduk di kerusi panjang ke dua.. Anak-anak di tengah antara aku dan cik abang. Excited sungguh! haha..

Bergerak jer bot, mula laa mulut budak-budak berdua ni dan pelancong asing tak henti bertanya dan berbual.. haha. PAdahal dari awal aku suruh mereka jangan cakap kuat-kuat dan kena diam baru kelip-kelip tak lari. Bot mudik pun tak laju, perlahan saja.. bagaikan dimatikan enjin tak berbunyi.. senyapp sahaja. Masuk jer bot ke tengah Sungai Selangor... kami dah nampak kelip-kelip di merata pokok-pokok di sekita tebing belah kanan... WOW!! SUBHANAALLAH...!! Sungguh cantik ciptaan Allah.. Di mana-mana ada kelip-kelip. Penuh di pokok-pokok tersebut sepanjang sungai... Sampai macam pokok krismas pula... ada lampu lip lap...lip lap... Cik abg sempat buat lawak, "entah-entah kita kena tipu... dia pasang lampu lip-lap tu letak kat pokok.. Tengok tu..mcam berentak jer cahayanya berkelip..."hahahahha. Tapi memang ya.. memang berentak bagaikan ada lagu yang mengiringi cahaya yang berkelip.. MAcam lampu lip lap haha (apa korang panggil ek?? hahaha)

Nampak ada yang berterbangan, ada yang lalu depan kami.. dan memang penuh di pokok dan dedaunan .... Cik abang cuba juga nak mengambil gambar.. Tapi tak berjaya.. GELAP semata-mata.. yerlah lense tak boleh fokus pun hehe. Gambar kami pun gelap jer dah tak boleh guna flash hehe. Lama juga bot bergerak menyusuri tebing .... sampai satu tempat... pokok yang sama pun tiada lagi, bot kami mula berpusing berpatah balik ke jeti.. Seronok Alesha dah nak balik hahahha.. Dia takut jatuh sungai katanya.. haha. Turun jer dari bot, terus budak-budak ni lapar. Sebok ajak makan luar, taknak balik rumah lagi hehe.

Kami cuba ke area Pasir Penambang. Tempat mak ayah selalu beli ikan kalau datang ke rumah kami hehe. Tapi dah malam kan, apa jer yang ada.. Restoran cha ya nun alif ada laa.. penuh restoran seafood depa hehe. Tak tahu mana nak makan, akhirnya kami ke Tesco Kuala Selangor... Sesambil makan, boleh beli barang keperluan sekali...dah waktu pun masih awal. Baru jam 9 masa kami sampai Tesco tersebut hehe. Makan dulu, baru beli barang. Akhirnya lebih jam 12 kami sampai rumah. Terus mandi dan mengemas sikit sebelum dapatkan aimy. Kakak-kakaknya dah tidur dari dalam kereta hehe.

Subuh Sabtu, aku terjaga dek sakit perut.. Lepas solat subuh pun dok berulang tandas...alahai. Akhirnya lepak jer kat katil sampai Aimy bangun haha. Hari ni cik abg ada job ambil gambar opismate dia bertunang.. Aik nama tunangnya sama jer ngan cik abg!!... bahaya ni hahahaha.. Kebetulan pula.. Cik abg sendiri tak tahu sampai dia tengok nama tunang kawannya di kek dalam dulang hantaran... Sebijik sejiban laks tu ejaan hahaha. Ishh nauzubillah laa kan.. Kebetulan pihak lelaki datang lambat giler, terpaksa cik abg menunggu lama di sana.. yang aku kunun nak keluar beli nestum aimy dan barang lain, tak jadi dah cik abg pakai kereta. JAdi memang hari lepak seduni laa di rumah.

Aimy hari ni naik suhunya sampai mencecah 38.3C... aduhaii risaunya aku.. Kenapa laa asyik demam jer ni dek..?? Kami sapukan air ke badannya dan letakkan saputangan lembab didahinya selepas bagi ubat. Turun kejap suhunya.. hmmm. Risau ni... Nekad nak bawa berurut esok ni.. tak pun gi sekali lagi ke ustaz atau rumah Pak Anjangku. Minta air penawar atau apa saja laa.. utk ikhtiar.

Adani pula, punya seksa nak habiskan homework.. Banyak alasan dia.. KAdang buat tak dengar jer bila kita ajak dia buat.. Alesha pula, awal dah siap homeworknya. Memang fesyen dia, ada jer homework laju sikit dia nak buat.. berbanding adani yg malas sket nak ngadap lama-lama homeworknya...haha.

Dah jam 2 lebih.. patut tido dah ni.. ok nite!;)

psss... kalau nak tgk gambar full.. gi FB laa.. kat sini berkali-kali upload tak lepas.. hmmm

Rabu, 24 Februari 2010

TENSION!!

Rasanya sejak minggu lepas aku asyik tension dengan boss aku.. Aduhai.. Ni beberapa hari aku dah ok.. tak fikir dah.. dah lapang dada.. Adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lagi yang dia kacau ptg semalam... tensionnyaaa.....!! Huh segalanya dia kaji dan selidik... sungguh takde kerja gamaknya..sempat dia tengok sejarah training dan tugasan aku sepanjang hampir 13 tahun tuh!! Memang pelik bin ajaib!!! Kalau utk tujuan yg baik takpe.. ni asyik laa cari hal laa pada aku... hmmm..

POSITIF!!

PoSITIF!!

Set mind to be positive !!

Hopefully not me in the list !! cukup2 lah tu.. apa dosa aku pada dia????

Isnin, 22 Februari 2010

Ada berapa ekor gajah??

Ahad semalam sebaik kami menghantar mak ke stesyen bas dan melihat mak naik bas.. Kami berempat (aku, cik abg, alesha dan adani) ke Pasar Tani Shah Alam di Stadium Shah Alam. Mudah pula kami dapat parking, dekat dengan area barang basah..

Maka seharusnya beli barang basah dulu baru jalan-jalan. Pilih udang, sotong, ikan dan ikan...berjalan cari ayam pula. Jadilah untuk seminggu punya stok. Dah ada bibik dan anak-anak yang sentiasa di rumah ni, memang kena ada stok makanan dan barang basah hehe. Selesai saja membeli barang basah, cik abang simpan dalam kereta. Aku bertiga menunggu berdekatan melihat gerai-gerai keliling. Anak-anak nak air, belikan air. Nampak laks cucuq peniram digoreng panas-panas.. huh menarik perhatian sungguh. Baru jer sebut dan teringat, dah ada depan mata. Kecik-kecik laks tu.. terus beli dan terus ngap! haha.

Cik abg sampai jer, mula jalan. Tapi tak sempat jalan jauh.. terpaut pada seorang pakcik yang baru meletakkan mainan yang ada landasan dan binatang yang bergerak membawa anak-anak keliling landasan. Sungguh menarik perhatian walau jualannya hanya itu sahaja. Anak-anak pun tertarik, aku biarkan saja mereka melihat. Seronok tengok binatang mainan tu bergerak berjujuk membawa anak-anak haha. Ada gajah, ada zirafah, ada singa laut dan ada dinasour. Memang begitu mencuit hati dan akalku. Ntah kenapa...

Pakcik penjual begitu ramah sekali dan pandai melayan budak-budak. Cukup cekap dalam berbicara dengan anak-anak kecil seperti anak-anakku. Sambil dia berborak, sambil dia menasihati bab mengajar dan mendidik anak-anak.. Terutama berkenaan matematik dan mengenal sesuatu serta menguji minda anak-anak. Diajukan soalan demi soalan pada Alesha dan Adani. Walau ikutkan soalannya begitu mudah dan begitu biasa kita dengar, tapi bila gabungan soalan dan mainan serta suasana begitu.. anak-anak cepat menangkap dan berupaya berkomunikasi dengan baik.

Adani yang kusangkakan selama ini agak berat mulut pada orang yang tak dikenali. Terutama bila tiada kakaknya.. begitu galak menjawab soalan atok! Alesha pula berfikir dulu sebelum menjawab. Begitu berhati-hati dalam menjawab haha.
"Haa kakak ada berapa ekor gajah kat sini??"
"4!!" jawab Alesha... "Wah pandai cucu atok"
"Haa adik pulak, binatang yang mana lehernya panjang??" adani tunjuk ke zirafah sambil merenung atok di depan mata... "haa pandaii"
"Apakah warna dinasour?"
"green!" jawab adani... laju dia menjawab haha.
"kakak, 4 gajah campur 2 zirafah jadi berapa?"
berfikir dulu kakak sebelum menjawab "8... eh 6!" haha

Sakan atok tu melayan anak-anakku di samping anak-anak lain. Dia memuji Adani lebih pantas dan bijak dari kakak. "Kalau diajar dan didik dengan baik, memang pandai adik ni dari kakaknya..." kata atok. Itu memangkami nampak, potensi adani ni kadang nampak lebih dari kakak. Tapi sebab dia kurang nak agresif di depan khalayak, selalu tak nampak potensi yang ada. Tapi tulah, belum tahu lagi kan.. semuanya masih kecil. Masih perlu dan terus diajar dan didik dengan cara yang betul. Tapi aku ni kadang, terlupa semua itu walau ku tahu. Tapi bila praktikal, aku lupa nak bezakan cara mendidik kakak dengan mendidik adik-adiknya.

Memang benar, sebenarnya pelbagai potensi dan kebolehan yang ada pada setiap anak-anak. Kita sahaja yang perlu mengkaji dan mencungkil apa yang terbaik ada pada mereka. Tapi terkadang, masa begitu mencemburui.. Kekangan waktu dan beban kerja di pejabat dan di rumah, buat kita cepat lesu dan letih dan mula tidak boleh berfikir dengan betul untuk anak-anak. Terkadang sedar, terkadang tidak.

Kadang aku rasa, aku terabaikan hal pendidikan adani. Dulu masa Alesha dari kecil, aku seperti teori yang aku baca dan tahu. Tapi bila anak dah 2, kesibukan bertambah.. mula teori itu hanya tinggal teori.. aduhai kesihan Adani. Kadang-kala sahaja aku teringat dan mula mengajaknya belajar dan melihat dalam dirinya. Nasiblah Adani ni bagaikan cepat sikit menangkap dan pandai belajar sendirian. Maga terbinalah dirinya.

Aimy pula, aku terlalu risaukan kesihatannya..sampaikan lupa rangsangan-rangsangan yang harus ku beri berterusan. Ilmu-ilmu dan pengetahuan yang harus ku terus ceduk dan kaut di mana jua. Aku bagaikan terhenti dengan usaha-usaha itu bila kekangan waktu menghantui aku. Dengan beban kerja di pejabat yang bagaikan suruh disambung di mana jua.. buat aku agak stress, tension ..! Menjadikan diri dan mindaku terbantut tak berkembang.. Adus.. harusku positifkan kembali cas-cas yang ada padaku. Harusku usahakan kembali mencedok ilmu untuk ku aplikasikan kepada anakku yang bernama Aimy Sufia.

Mendengar kisah, membaca cerita insan lain yang bernasib sama membuat aku bersemangat untuk terus berjuang untu anak-anak. Walau Aimy perlu diberi perhatian lebih, anak-anakku yang lain juga harus ku seiringkan perhatian dan usaha dalam membantu mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Ya Allah, sesunggunya ku bermohon padaMU... berilah aku kekuatan dan kesungguhan dalam apa jua yang ku lakukan untuk anak-anak amanahMU ini ya Allah. Berkatilah aku, permudahkanlah aku, murahkanlah rezeki kami dalam berusaha mencari sesuatu yang dapat mengubah nasib kami. Amin...amin ...ya rabbal alamin...

Ahad, 21 Februari 2010

Tetiba jer...

Aku ni kadang, instinct terlampau kuat.. Ni terasa semacam.. sampai rasa senak perut. Berdebar.. hmmm. Apa? aku pun tak pasti.. Pasal cik abg ke? Kadang dia ada buat sesuatu.. memang aku rasa gini hahaha.. Ke pasal lain? hmm entah laa

Nak kata emosi PMS.. idak.. baru jer lepas...hehe. Apakah sebenarnya??? Tak best betul kalau hati tak tenang begini.. berdebar sungguh..!

Jadi takde idea aku bila dug dag gini... ok lain kali sambung menulis

Catatan Popular