Syukur Alhamdulillah.. 9 tahun sudah.. 30 Mei 2003, majlis nikah kami dijalankan selepas solat maghrib di surau di hadapan rumah mak di Sitiawan. 31 Mei 2003 majlis kenduri dilangsungkan. Syukur Allah memanjangkan usia kami dan usia rumahtangga kami. Baru saja rasanya menikah di hadapan sanak saudara serta rakan taulan yang datang memeriahkan majlis kami. Seronok mengenangkan kembali detik persiapan, perasaan dan debaran tatkala dan selepas itu.
Pelbagai dugaan, ujian serta anugerah Allah mengindahkan kehidupan rumahtangga ini. InsyaAllah akan kami nikmati sebaiknya di landasanMu ya Allah. Moga Allah berikan ketabahan dan kekuatan kepada kami mengharungi kehidupan ini.. Semoga teratak yang dibina sentiasa diberkati dan disinari dengan mawaddah, mahabbah dan rahmah Allah yang berpanjangan dan berkekalan ke Jannah.. Aminn



Comelnya pengantin..
BalasPadamSelamat Ulangtahun Perkahwinan ke-9
Semoga gembira selalu spt zaman percintaan dulu..
Terima kasih Siti... hihi
BalasPadamHappy Anniversasry....aisey..camner leh ter miss ni.....Moga kehidupan di alam perkahwinan lebih ceria dan gembira..dan kekal bahagia hingga hujung nyawa
BalasPadamcunnyaaa...
BalasPadamtahniah yer...
(kes lama x BW)